SALAHKAH

Wednesday 15 January 2014

TIPS MEMBUAT PASSPORT

Salam Sejahtera..

Aku ni nak share sikit lah. Beberapa tips untuk membuat passport.. bukanlah nak berlagak ye.. tapi untuk memudahkan korang untuk buat passport..

Kitorang ni sebenarnya nak ke Singapore. Sebab tu lah kena buat passport.. Macam aku ni memang dah adalah.. Untuk husband, dan anak2 belum ada lagi..

Disebabkan faktor masa dan kekangan kerja, kitorang ambil keputusan untuk buat di UTC, Pudu pada hari Sabtu..

Di sini, aku nak share beberapa tips:

1. DATANG AWAL
   Macam aku hari tu, selepas subuh kitorang dah pergi, Bayang kan kitorang sampai paling awal. Beratur no satu. Pukul 6.30 pagi dah beratur. Mau nya tak dapat no 1. Pintu UTC tu pun belum bukak lagi... hihi... Lepas kami beratur, berderet2 orang lain ikut.. sempat aku cakap dengan husband aku, "kalau kita lambat sikit, alamatnya no 20 la kita" hihi...
Waktu operasi 8.30pagi.. mak ai..... 2 jam lagi kaunter nak bukak ni....
Korang tau x kenapa aku kata kena pergi awal, kalau korang pergi pukul 8.30 pagi lah, sebab korang fikir kaunter bukak pukul 8.30 kan.. korang silap.... sebab orang yang datang masa kaunter bukak tu, no dia dah 100 lebih...
So, korang fikir..... berapa lama korang nak kena tunggu kat Imegresen tu.. sampai lebam....

2. WAKTU URUSAN
Sila lah cek ye waktu urusan Jabatan Imegresen ni...  bolek klik SINI jugak...
Yang ni aku citer, masa kat UTC pudu. Punya lah ramai umat manusia.. Pening aku tengok nya. Tempat dah la kecik.  Tapi bagi aku lah, mana2 cawangan imegresen pun, orang yang datang tu dah macam ulat aku tengok.. Punya lah ramai.. Tapi macam kat Pejabat Imegresen Jalan Duta KL, tempatnya luas. 
Kat sini aku nak inform sikit, kalau korang bercita2 nak buat passport pada hujung minggu, silalah ke mana2 cawangan UTC atau RTC.. sebabnya, kebanyakan Pejabat Imegresen Negeri waktu urusan nya dari Isnin-Jumaat sahaja.. Tapi ada jugak lah Jabatan yang bukak hujung minggu. Tapi sampai pukul 1. Walau apa pun cek lah waktu kat sini.
Time aku buat passport dulu, aku buat kat Jabatan Imegresen Jalan Duta. Pejabat tu buka hujung minggu, tapi sampai pukul 1 lah.. Tapi sekarang ni, jangan buat pasal.. Kat Jalan Duta waktu urusan hanyalah sampai hari Jumaat sahaja ye.. Hujung minggu TUTUP....
Haaaa!!!!!
Lagi satu, Walau pun kat UTC ni bukak sampai pukul 10 malam, korang kena datang sebelum pukul 5 petang, Sebab lepas daripada pukul 5, pegawai tu dah tak bagi no giliran lagi. Dia akan suruh korang datang esok je.. hehehe... Dia kata, mereka ni akan clearkan orang yang dah ada ni sahaja.. Sebabnya RAMAI.. Harap maklum.. Kalau korang ambik no giliran dah pukul 9.45 malam, korang agak pukul berapa nak siap??? 3 pagi? 4 pagi?. Tapi kalau korang datang untuk collect passport sahaja.. tu x de masalah... Hari tu aku pun datang lepas maghrib.. Ok je... x de masalah... Maksud aku tadi, untuk yang baru nak buat passport...
Kat laman web Jabatan Imegresen waktu urusan dia kebanyakan akan tulis setiap hari.... tapi jangan terpedaya... HARI CUTI UMUM A.K.A PUBLIC HOLIDAY...... TUTUP... ingat ye... Kaunter akan di tutup,,, sebabnya... hari tu aku pergi time Christmas.... WAAAAAAAAAAAAA,....... kaunter TUTUP...

3. BUAT AWAL.. JANGAN LAST MINIT
   HAAA!!!!! kenapa aku cakap buat awal... Memang lah sekarang ni passport boleh siap dalam masa 1 jam... What???? 1 jam???? nak menunggu sampai no giliran dipanggil pun dah berejam2... belum lagi masa nak buat pembayaran... Anyway, passport tu boleh la disiap kan dalam masa 1 hari.. Tu pun kalau korang pergi awal pagi.. Kalau lah korang pergi time dah nak tutup... korang agak????
Aku nak citer satu insiden ni, masa hari kitorang buat passport tu, ada lah satu kakak ni, dia kata dia dah beli flight tiket.. Flight dia pukul 9 pagi.. Dia tak perasan yang passport dia dah expired... What????? macam mana ko boleh x perasan? Logik ke??? dalam hati je lah aku mengomel... hihi.... So, dia citer, dia terpaksa lah  bayar surcharge RM300 untuk tukar waktu penerbangan ke pukul 1. Harap2 sempat lah nak siap passport dia tu... Masa pintu kaunter bukak, awal2 lagi pegawai imegresen tu dah bagi pengumuman, yang sistem mereka off line. Ada masalah.. Katanya..... Jadi, untuk buat passport x de masalah.. Tapi passport hanya boleh di collect pada hari Rabu... WHATTT?????? kakak yang nak renew passport tu lah yang berteriak... Dah macam orang kena sawan aku tengok nya,, Kesian pun ada... Tapi nak buat macam mana? Pegawai tu pun dengan berbudi bahasa lah meminta maaf atas sebab2 teknikal ni... Lepas tu aku tengok dia pergi dari situ.. Ntah kemana dia nak pergi, aku tak tau lah... Aku rasa dia pergi ke cawangan lain kot...
So, moral of the story, JANGAN BUAT LAST MINIT.....


4. BAWA GAMBAR BERSESUAIAN
Bawak 2 keping gambar ye..

Spesifikasi gambar passport Polikarbonat
1. Kepingan gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang
2. Saiz wajah pembawa passport berukuran minima 25mm-30mm (50% - 60 % ukuran ruang gambar mengikut ICAO)
3. Lebihan ruang di antara kepala dan hujung kepingan gambar berukuran 10mm
4. Lebihan ruang antara dagu dengan hujumg bawah kepingan gambar berukuran 10..
5.Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
6. Tiga suku profil tidak dibenarkan
7. Pemohon memandang tepat ke arah kamera
8. Mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup
9. Rambut tidak melindungi wajah
10. Tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung

Haha... Confius??? X yah risau sangat lah.. Korang pergi je kat kedai gambar.. Cakap kat tokey kedai nak buat gambar passport.. Pandailah tokey tu ambik.. Tapi kena make sure dulu latar belakang mesti putih.. Takut pulak kang print2 dah jadi warna lain... Haru...... sebab dulu masa aku buat passport, latar belakang dia warna biru... Sekarang ni dah warna PUTIH...
LAgi satu, aku paham lah sekarang ni demam K-POP... Tapi tolong lah jangan ambik gambar rambut tutup2 muka tu.. Yang macam artis korea tu.... Sure kena reject punya...

Tapi jangan risau, kebiasaannya kat mana2 pejabat imegresen mesti ada kedai ambik gambar... Kalau dah terlupa sangat nak bawak gambar tu, ambik je lah kat sana.. Tapi, masa korang habis lah... Nak kena pi ambik gambar dulu.. Kalau dah ada kan senang.. Terus je beratur ambik nombor...

5. BAWA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. My Kad Pemohon.
    Sekiranya tidak memiliki My Kad, kad Pengenalan sementara diperlukan.
2. 2 Keping gambar size passport berlatar belakang putih tanpa bayang
3. Satu Salinan potostat My kad pemohon

Tips: Tolong buat salinan IC sekeping.. Sebabnya: Kaunter di UTC memerlukan salinan IC. Masa aku buat kat Jalan Duta, tak perlu pun salinan IC ni.. Kat UTC, mereka mintak salinan IC.. Jadi, korang bawak je lah salinan potostat IC korang.. Terpulang lah samada diorang nak ke atau taknak, sekurang2 nya korang dah ada kalau dia mintak.. Macam aku hari tu, konfiden je tak bawa potostat ic.. Tetiba pegawai tu mintak la pulak... ambik ko, kena pegi cari kedai yang boleh potostat ic tu.. nah.. aku pun tanya lah kat pegawai tu, hari tu aku buat kat Jalan Duta, dia tak mintak pun potostat ic, kenapa kat sini kena ada? Pegawai tu kata, kat sini memang dia perlukan potostat ic... Adoiii yaiiii.....

Tips: Lagi satu tips aku nak bagi tau, kalau korang ni anggota polis, atau askar, korang kena bawak Kad Pengenalan Polis/Askar dan jugak kad pengenalan biasa. Maknanya 2 kad pengenalan lah... Dan jugak potostat IC dua2 kad pengenalan ni... Kalau x de salah satu, alamatnya tak leh buat lah korang passport ni..

6. BAWA DUIT YANG CUKUP.
ha!!!!!.... Bukan mata duitan ye.. Sebenarnya tolong bawak duit yang cukup untuk pembayaran.
ada 2 Cara pembayaran.
1. Cash
2. Wang Pos
So, korang pilih lah mana satu yang senang.. Bagi aku, cash je lah yang senang..

So, kat sini aku list kan lah harga2 passport ni... hihi
a. RM100 - 2 Tahun
b. RM300 - 5 Tahun

Bayaran bagi warga emas (60 tahun keatas) dan kanak-kanak (12 tahun kebawah)
a. RM80 - 2 Tahun
b. RM150 - 5 Tahun

Bayaran separuh harga (RM150 - 5 Tahun)
yang ni untuk pelajar di bawah 21 tahun yang melanjutkan pelajaran (IPT) ke luar negara

Pengecualian Bayaran:
Untuk OKU yang berdaftar dengan jabatan Kebajikan Masyarakat dan mengemukakan Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.


7. KALAU NAK BUAT PASSPORT UNTUK ANAK
TIPS 1:
Kena bawak anak tu sekali. Tak kiralah baby lagi ke apa. Tujuan nya untuk pengesahan ibu jari..

TIPS 2:
Bawak 2 keping gambar anak berukuran passport berlatar belakang PUTIH tanpa bayang

TIPS 3:
Bawak Surat beranak dan MY Kid. Sebenarnya My kid tu tak perlu pun, tapi bawak je lah. Mana lah tau kan tetiba dia nak pulak...
OOppps terlupa pulak, bawak jugak lah IC ibu/bapa... sebab ibu/bapa kanak2 ni perlu membuat pengesahan.
Dan jangan lupa potostat kesemua dokumen tu.. Kalau kita ni nak buat passport untuk 2 orang anak, jadi kita perlu membuat 2 salinan ic kita,,,

TIPS 4:
Kalau lah korang kena collect passport tu pada hari lain, korang jangan lupa bawa sekali tuan empunya passport tu. Maksud aku ni, anak kita le... hihi.... Sebabnya, masa nak ambik passport tu, kena ada pengesahan cap jari.. Kalau lah anak tu x de, jangan bermimpi lah korang nak collect on behalf ye...

Ok lah...
Aku rasa mungkin ni lah sedikit sebanyak tips yang boleh aku share.. Sebab ni pun base on my experience. Mungkin lain orang lain experience nya kan..

Walau macam mana pun boleh melayari PORTAL JABATAN IMEGRESEN untuk maklumat yang lebih terperinci.


Terima kasih
Jumpa lagi




Monday 6 January 2014

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

SALAM SATU MALAYSIA,

HARI NI, AKU NAK TULIS MENGENAI PERASAAN KU SENDIRI BILA ANAK AKU MASUK SEKOLAH DARJAH SATU SESI 2014. TARIKH 2 JANUARY 2014.

MACAM2 PERASAAN NAK AKU LUAHKAN..
BANGGA BERCAMPUR SEDIH. HAHA.....
BANGGA BILA ANAK YANG DIJAGA, DAH MULA BERSEKOLAH.. DAH BESAR ANAK MAMA... BANGGA BILA ANAK MAMA MASUK KELAS BISTARI. BANGGA BILA ANAK MAMA DAH PANDAI BERDIKARI...

PERASAAN SEDIH MEMANG KELAKAR LA KAN... TAPI HONESTLY, MEMANG AKU SEDIH TENGOK ANAK AKU TERPAKSA BELAJAR BERDIKARI. UNTUK KANAK2 YANG HANYA BERUMUR 7 TAHUN, TERLALU KECIL RASANYA UNTUK BERDIKARI.. MUNGKIN AKU TERLALU PARANOID. PADAHAL AKU TAHU, UNTUK BERJAYA, SESEORANG ITU HARUS STRUGGLE DALAM MENIMBA ILMU...

PUKUL 6 PAGI DAH BANGUN, SEBAB 6.30PAGI, VAN SEKOLAH DAH PICK UP. MASUK SEKOLAH TERUS KE TEMPAT PERHIMPUNAN,
9.30 PAGI BEREBUT-REBUT, BERSESAK-SESAK UNTUK BELI MAKANAN DI KANTIN.
WAKTU BALIK PUKUL 1PETANG, BERATUR TUNGGU VAN SEKOLAH, BILA VAN DATANG BUDAK2 NI BERLUMBA2 NAIK VAN, UNTUK BUDAK2 YANG DAH DARJAH 4 ATAU 6, MUNGKIN DIORANG DAH BESAR DAN PANDAI UNTUK BEREBUT...
UNTUK KANAK2 YG DARJAH SATU NI, KESIAN MEREKA.. MEREKA MASIH X PANDAI UNTUK BEREBUT.. SANGAT NAIF... BERHIMPIT2 DALAM VAN SEKOLAH TU.

SAMPAI JE DAH DALAM PUKUL 1.30 PETANG, DAH KENA TERUS MANDI UNTUK BERSIAP-SIAP KE SEKOLAH AGAMA . VAN AKAN DATANG PUKUL 2.15 PETANG. KADANG2 X SEMPAT MAKAN TAKUT TERLEPAS VAN KATANYA...
PUKUL 2.30PETANG LOCENG SEKOLAH DAH BUNYI... AKU BERSYUKUR SEBAB SETIAP HARI MATA PELAJARAN PERTAMA ADALAH AL QURAN..

PUKUL 3.30PETANG MEREKA BERHENTI REHAT. 3.45PETANG MATA PELAJARAN LAIN BERSAMBUNG, ANTARANYA MATA PELAJARAN AKHLAK,TAUHID, FEQAH, TAJWID, SIRAH (SEJARAH ISLAM), BAHASA ARAB, JAWI, KHAT,... MATA PELAJARAN NI MENGIKUT JADUAL YANG DIBERI..

BALIK SEKOLAH AGAMA PUKUL 5.15 PETANG... VAN SEKOLAH DAH TUNGGU KAT LUAR PERKARANGAN SEKOLAH..

BILA BALIK TU, MUKA DIA MEMANG NAMPAK SANGAT LAH PENAT... YE LAH SATU HARI DARI PUKUL 6.30PAGI - 5.30PETANG..
LEPAS MAGHRIB TU, DIA MULALAH KELAM KABUT BUAT KERJA SEKOLAH..

ZAMAN SEKARANG NI, MEMANG CIKGU AKAN BAGI BANYAK KERJA SEKOLAH, X MACAM AKU DULU.... BOLEH DIKIRA KERJA SEKOLAH/./.

TAPI BAGI AKU, MEMANG PATUT CIKGU BAGI BANYAK KERJA, BARU BUDAK2 NI AKAN BUKAK BUKU TU UNTUK BUAT ULANGKAJI.. SEBENARNYA, LAGI BANYAK KERJA YANG DI BERI, LAGI CEPAT PANDAI BUDAK2 NI.... SYABAS CIKGU2.

WALAU APA PUN, MAMA AKAN SENTIASA DOAKAN KEJAYAAN UNTUK ANAK2 MAMA. DOA MAMA SELEPAS SOLAT X PERNAH PUTUS2 UNTUK ANAK2 MAMA.. SEMOGA SENTIASA DILINDUNGI OLEH ALLAH S.W.T.  AMINNN...