SALAHKAH

Thursday 21 November 2013

PERCUTIAN KE CAMERON HIGHLAND BERSAMA KELUARGA - Hari pertama



Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kali ni saya nak share pengalaman percutian kami ke Cameron Highland.
Family belah suami saya telah mengadakan family day dan kami telah membuat keputusan untuk ke tempat sejuk. Untuk kali ni kami telah memilih destinasi Cameron Highland. Tarikh juga telah ditetapkan pada 16/11/2013(sabtu) hingga 18/11/2013(isnin).
Pada tarikh 16 November, pit stop kami yang pertama adalah R&R rawang. Tujuan nya adalah untuk breakfast bersama2.. hihi... Saya sefamily sampai paling awal. Pukul 8.20 pagi kami dah sampai walaupun dalam jadual pitstop pertama ni adalah pukul 8.30pagi.. Disebabkan kami yang sampai paling awal, jadi kami telah memilih tempat utk bersarapan.. Jeng jeng jeng.... hihi... suspen je kot padahal tempat tu adalah sebuah gazebo yang disediakan oleh pihak PLUS...
Family Kak As sampai lebih kurang pukul 8.40 pagi.. Kak As dah sediakan kuih apam untuk sarapan. Saya pulak bawak nasi impit, kuah kacang dan serunding daging. OK la tu.. Kami sarapan dulu sementara menunggu family Kak Eley sampai. Kami dah habis makan Kak Eley x sampai2 jugak, sambil menunggu tu, sempat lah gak posing bergambar kat hentian rehat tu.. huhu.. 


Sempat lagi Bamie nak buat love bagai tu... hihi

menu dariku ... hihi... nasi impit, serunding dan kuah kacang

kuih apam hasil air tangan kak as

Sempat lagi budak2 ni berposing kat tugu ni...

Seperti apa yang dirancang dalam jadual, pukul 9.30 kami meneruskan perjalanan walaupun family Kak Eley belum sampai2.. Tapi no problem, kami akan berjumpa terus di cameron. Kami membuat keputusan mengikut jalan dari Simpang Pulai. Nak ikut jalan Tapah, terasa bahaya pulak. Maklumlah musim2 tengkujuh ni.. Tambahan pulak selepas insiden banjir lumpur di Ringlet tempohari.

Pukul 12.30 tgh hari, pit stop ke 2 kami iaitu Green View Garden & Avant Chocholate Cameron Highland. Sementara menunggu kak Eley sefamily, kami mengambil peluang untuk bergambar. Memang cantik tempat ni. Kami x melepaskan peluang untuk mengambil gambar kerana ia mempunyai pandangan yang sangat cantik dan pelbagai jenis bunga dan juga strawberi. Selain Green View Garden , disitu terdapat sebuah kedai coklat - Namanya Avant Chocolate : Pelbagai jenis coklat yang terdapat di sini. Kebanyakan nya adalah homemade chocholate. Harga pun boleh tahan lah...












Green View Garden

di taman lavender

menu yang disediakan


Perggghhhhh... siap ada sample coklat lagi tu... aplagi tibai sampai habis la tu...

betul ke nak beli tu???
Memang seronok kat situ sampai tak sedar dah nak dekat pukul 2 petang. Ikut perkiraan, KAk Eley dah sampai, tapi bila kami koling2 dia, kak eley cakap kat Bidor jem teruk, ada accident katanya. Oleh kerana itu, kami membuat keputusan untuk terus check in. Kali ni kami memilih Homestay di Carnation Park. Apartment 3 bilik milik bumiputera disewakan khusus untuk Muslim sahaja.. Harga berpatutan. Untuk 2 malam harganya RM470. Kami ada 3 family, so satu family bayar lebih kurang RM160. Untuk melihat lebih jelas apartment ni boleh klik disini http://rumahcameron.blogspot.com/

Kami check in lebih kurang pukul 2.30 petang. Sampai saje, terus keluarkan bekal2 yang telah siap dimasak dari rumah.. Dah lapar sangat rasanya, sampai x sempat dah nak panaskan balik lauk2 tu.. Kak As masak Daging masak kicap Blackpepper, Sayur campur, sambal ikan bilis. Saya pulak bawak nasi, ayam goreng dengan telur dadar. 
Kak Eley sefamily termasuk mak mertua saya sampai lebih kurang pukul 3.30 petang. Kesian mereka, Penat bercampur lapar. Maklumlah mereka ni dari Melaka. So, perjalanan tu lebih lama berbanding kami yang dari KL. Kami mengambil peluang untuk melepaskan penat dahulu sebelum ke destinasi seterusnya.

Lepas Asar, kami telah pergi ke Pasar malam Berinchang. Memang happening pasar ni. Pasar ni start beroperasi pukul 3 petang lagi. So, kami membuat keputusan untuk pergi lewat petang sebab dikhuatiri kesesakan yang melampau pada belah malam. Memang boleh dikatakan murah2 barang yang dijual. Kebanyakan menjual strawberry, sayur, Keychain dan cenderahati, Produk berasakan strawberry seperti jem, strawberry kering, coklat, straberry coklat, teh pun banyak dijual. Yang paling best kat sini, jagung rebus dia sangat manis.. Boleh juga dapat ubi rebus panas2 dimakan. Perrrghh memang terbaik. Harga pun memang sangat murah. 
pemandangan sekitar pasar Berinchang


Amboi Kak As & BAmie... hihi.. Romantik Gitu

suryatiabdullah.blogspot.com
YAng ni plak.. hihi.. with my Hubby


Kak Eley & Husband. 

suryatiabdullah.blogspot.com
Cari apa tu yang oi...

Beli kak, jangan x beli.... 

Amboi.. buruk nya gambar... hihi


 Malam tu pulak diadakan acara sukaneka untuk kanak2. Kami buat indoor je sukan tu. hihi.. Boleh lah bg budak2 happy2. Kalau x tu, muka boring je.. Antara acaranya ialah:

1. TUJU GETAH
2. DAM ULAR
3. KERUSI BERACUN
4. CARI BARANG
5. REBUT GULA2 (MATA TERTUTUP)
6. PECAH BELON

kerusi beracun

tuju getah

dam ular

pecah belon

acara cari barang... hihi... over kak eley

Untuk Dewasa pula, ada satu acara iaitu Sehati Sejiwa. Ada 5 soalan perlu dijawab mengenai pasangan masing2. Soalan pula diberi oleh Hjh Habsah iaitu mak mertuaku.. Soalan nya betul2 mencabar minda sebagai seorang isteri.,.... Haha... Akhirnya dimenangi oleh pasangan Bamie dan Kak As, kedua pasangan saya sendiri.. hihihi.... ke tiga and the last ialah pasangan KAk Eley dan abg Roszaimie.. hihi.. Nampak sangat x sejiwa.... hahahaha


Mak ai... susah nya soalan...

Tengok tu, sampai pening husband ku... hihi

Jawapan juara

Pasangan Juara... Kak As & Bamie... Sweet

Malam tu kami semua tidur dengan nyenyak dan nyaman nya... Sejuk giler.. Dah pakai stokin, Selimut tebal pun masih terasa lagi kesejukan nya. 

NAnti kita bersambung untuk cerita Hari yang kedua dan ketiga pula ye...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu...........








Tuesday 5 November 2013

Futsal Fairplay Indoor Soccer Kg. Cheras Baru - Release Tension

Assalamualaikum....

Lama benar rasanya tak update blog.. Sibuk memanjang... #Sibukke? hihi...
Hari ni terasa nak menulis plak walaupun peristiwa ni dah berlalu 2 bulan lepas.


Pada 29 September 2013, hari ahad. Aku and the geng mengadakan aktiviti memecahkan lemak2 yang dah lama terkumpul. Aktiviti tu ialah FUTSAL. 
hahahhaaha.... 

Kami memilih padang Futsal Fairplay Indoor Soccer. Tempatnya di Cheras Baru. Mula bermain pukul 3 petang sehingga jam 5 petang. 
Nampak macam kecik je padang futsal tu. Tapi bila start main, mak aiii... nak tercabut kaki masing2

Ye lah kan. mana x nye.. Tak pernah nak bersukan. Tetiba plak nak main bola. Mau nye tak terperanjat lemak2 yang ada ni,,,, 

Macam2 ragam telah dipamerkan, ada yang bersungguh2 sampai tercabut2 kasut masa nak sepak bola tu. Ada yang guna tangan pun ada.. Alamak dik oiii... Ko ingat ni bola jaring ke?
Ada yang kasut sampai tertanggal2 tapak.. haha... nampak benar kasut x pernah guna. Lusuh dimamah waktu,,,, Yang aku ni plak, tunggu kat depan gol je.. Bola sampai je, sepak terus.. Masuk x masuk belakang citer,.. Nampak benar malas nak berlari... Penat ooooo..... Jadi kita kena mengatur strategi yang baik.. Duduk di posisi masing2... hahahaha..... huru hara jadinya....

Tapi yang penting, peluh memang sakan lah.... Memang bagus sangat aktiviti main bola ni.. Sihat tubuh badan, walaupun kepenatan.. Yang paling penting dapat mengeratkan lagi persahabatan. Kami semua memang enjoy giler..
















Tengok tu... main x seberapa. posing yang lebih... hahahahaha.... MOTTO kali ni... HARUS BERGAMBAR...

Next time kami akan merancang lebih banyak aktiviti2 macam ni.. Selain menyihatkan badan, dapat juga merapatkan hubungan silaturahim,,, Aminnnn



Sunday 24 March 2013

Pertandingan mewarna anjuran Global Art

Pada 24.3.2013 (ahad), saya telah membawa anak saya ke pertandingan anjuran Global Art di Spectum Mall, Ampang.

Yuran pendaftaran sebanyak RM15.00.. Masa untuk pendaftaran pada jam 1.30pm.. Dapat lah goodies bag daripada Global Art.. Anak ku, suka lah dia dapat permainan dalam goodies bag tu..

Jam 2 petang, pertandingan dimulakan.. masa diberi lama lah jugak.. sehingga pukul 3.30petang.








Pertandingan ni dalam 3 kategori.
Kategori A : 4-6 tahun
Kategori B : 7-9 tahun
Kategori C : 10-12 tahun.

Ramai juga lah peserta yang ambil bahagian. Anak ku pula dalam kategori A...

Nama pun budak2 kan.. bila tengok yang lain dah siap hantar, dia pun mulalah tak tentu arah nak siapkan cepat2. Padahal, masa banyak lagi ni.. Mula2 je excited nak mewarna. Lama2 tu.. emmmm...

Ni lah dia hasil warnaan nya... Tadaaaaaaa.....







Pada jam 4 petang, keputusan pun diumumkan.. Anak ku cuna dapat hadiah saguhati sahaja.. Dapatlah trophy.. haha...



inilah piala yang dibanggakan tu..


saat menunggu keputusan diumum



bangga la tu...


Punyalah suka hati dia. Balik rumah, sibuk bercerita dengan nenek dan atok dia pasal kemenangan dia tu.. hihi...


oh ye, terlupa pulak nak bagi tau, aku ni sempat gak la bergambar dengan aktor Mustafa Kamal. haha.. Rupa2 nya anak2 dia pun masuk gak pertandingan mewarna ni.








Tuesday 12 February 2013

sambutan anniversary mak & ayah yang ke 35 tahun

Tarikh 10 February adalah tarikh perkahwinan mak dan ayah ku... Tahun 2013 adalah tahun yang ke 35 mereka sebagai suami isteri.. Alhamdulillah.

Tahun ni, tarikh 10 February jatuh pada Tahun baru Cina, Kami sekeluarga telah menyambut hari gembira ni di MIRA SATE CELUP, Batu Berendam MELAKA..

Murah je, RM12.90 untuk dewasa, dan RM7.90 untuk kanak2 ..  Makan sampai lebam.. hihi....

Makanan dia boleh tahan lah sedapnya.. Fishball2 bentuk kartun menarik kanak2 utk makan.. Anak aku pun suka. Ada 2 jenis sos, Kuah kacang dan kuah hitam(Yong Tau Fu). Sebelum tu sate2 tu di celupkan dalam kuah panas.. Ada 2 perasa.. boleh pilihlah samada nak perasa tomyam atau ayam...

Pendek kata, sambutan tu meriah lah jugak.. Yang kelakar tu, mak pulak yang belanja kitorang... hihi... Terima Kasih mak... Sayang MAk


Nampak x ada lubang kat tengah2 tu,... Tulah tempat kuah tomyam diletakkan utk kita celup sate2 tu...

Air pun free....


Pelbagai jenis mee dan sayuran

Deretan sate ball....



hihi... comel kan?


mak & ayah .. Happy Anniversary


Romantik la konon tu....

Cute x?