SALAHKAH

Thursday 26 December 2013

PERTANDINGAN MEWARNA ANJURAN TESCO - aina menang

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera..

Hari ni aku nak menulis tentang anak-anak aku.. Aina Najihah dan Aidil Nasriq..

Permata hatiku

Pada hari Sabtu bersamaan 21 December 2013, aku telah membawa mereka ke Tesco Extra Cheras untuk pertandingan mewarna anjuran Tesco Malaysia.. Temanya adalah "SUPERHERO". Punyalah bersemangat aku ni, pukul 12.30 tgh hari kami dah tercongok kat Tesco.. Hihi.. Padahal acara bermula pukul 2 petang..

Pertandingan mewarna ni ada 2 kategori:
1. 5-7 tahun
2. 9-12 Tahun

Aina & Aidil tergolong dalam kategori 5-7 tahun.. Walaupun Aidil tak cukup umur, dia nak jugak masuk.. kelakar betul. Padahal umur dia baru je nak masuk 4 Tahun... 

Pertandingan bermula pada pukul 2.30pm walaupun dalam jadual acara bermula pukul 2pm.. Tapi sebelum tu adalah selingan magic2 yang entah dari mana munculnya... Nama pun dah magic.. hihi..... Budak2 sukalah... bagi aku pulak, macam hampeh.. ngeee...

Tepat 2.30 petang, penganjur pun edarkan lah kertas untuk budak2 mewarna.. Untuk kategori 5-7 tahun, gambarnya adalah Ultraman.. Untuk 9-12 tahun, gambarnya adalah Batman.. 
Lukisan yang perlu Aina & Aidil colour...


Aina pun macam biasa lah, dapat je lukisan tu, dia siap2 tulis nama dia kat belakang kertas.. Macam dah paham2 je.. Hihi
Aidil pulak, aku lah tolong tuliskan namanya..









Tak sampai 10 minit, Aidil dah siap mengolour... hihi.. Paling pantas lah.. Maklumlak budak2.. Cepat boring.. Cer tengok hasil warnaan aidil... hahahaha... 



Boleh lah daripada takde



Aina pulak slow & steady je me ngolour.. Aku pesan kat dia kaler tu perlahan2.. Masa banyak lagi.. Yelah dia bagi masa 1 jam setengah.. Alhamdulillah berjaya juga lah aina menyiapkan dalam masa yang diberikan tu.. Tepat 4 petang penganjur cakap masa dah habis. Mereka kata keputusan akan diumumkan lebih kurang pukul 4.30 petang..

Sebelum keputusan diumumkan tu, diorang ni sempat lah nak main2 permainan funzone ni.. Kat sini ada pulak kedai game ala2 funfair.. masak...



Masa keputusan tu nak diumumkan tu, mak aiiii.... aku pulak yang berdebar2.. Diorang ni pulak nak bagi ucapan aluan2 la pulak.. 


Alhamdulillah, Aina dapat tempat pertama, bukan main gembira lagi dia.. Bangga jugak lah aku,,,, hihi.... Hadiahnya Voucher Tesco bernilai RM100.00.. 


Hasil warnaan Aina.. Tahniah Aina sayang......



Tapi dia hairan jugak lah sebab x tau nilai hadiah tu.. Mungkin dia mengharapkan barang permainan atau barang2 persekolahan.. 
Aku pun explain lah kat dia, yang kertas voucher ni boleh tukar kepada barang.. Dia boleh lah beli apa pun dengan nilai RM100 tu.. 

Dia pun buat permintaan pelik nak beli kabinet baju kartun2... waaaaaaaaaaaaaaaa.....
Nanti lah ye mama usahakan.......







APA2 PUN  UNTUK ANAK2 MAMA.... MAMA NAK UCAPKAN TAHNIAH..... 






Thursday 21 November 2013

PERCUTIAN KE CAMERON HIGHLAND BERSAMA KELUARGA - Hari Kedua dan Ketiga


Alhamdulillah..Bertemu lagi kita.
Kali ni saya nak sambung lah pasal percutian keluarga kami untuk hari yang kedua di Cameron. Bangun pagi je kak As dah sediakan sarapan Meehon goreng telur dadar. Memang terbaik kak. Tapi yang kelakar nya, kak As kata tak de kuali besar. Ada kuali kecik je. Haha.. kuali tu untuk goreng telur boleh lah.. Nak masak meehoon memang tak lah.. Kak As kata dia guna periuk... Hahaha.. terbaik kak.. salute kat Kak As kerana sangat kreatif. Sanggup gak masak untuk mengisi tembolok kitorang ni.. Thanks kak As...

Lepas sarapan, saya tolong Kak As masak untuk makan tengah hari kitorang. Tengok tu... Kak As lagi.. KAlau Kak As tak de, alamatnya makan kedai lah kitorang.. Menu untuk hari ni, sambal sardin, Telur Dadar dan Sayur campur. Sayur campur memang terbaik lah, sebab sayur pun masih fresh lagi kan. Kitorang baru beli kat pasar malam Berinchang hari semalam tu.... Lepas tu kami tapaw semua tu. Tujuannya kerana hari ni destinasi untuk makan tengah hari adalah di luar. Kira macam picnic la ni..


Pukul 11pagi, Destinasi kami adalah Taman Pertabalan Tanah Rata.

Lokasinya hanya bersebelahan dengan Stesen Bas Tanah Rata dan ditengah-tengah bandar Tanah Rata berhadapan dengan Balai Polis Tanah Rata ataupun bertentangan dengan Hotel Century Pines


Tempat nilah lokasi kami sekeluarga akan bersantai dan berpicnic. Hihi.. ada banyak permainan seperti jongkang-jongkit, buaian, gelongsor. Juga terdapat kerusi, pondok dan meja rehat di bawah pokok. Manakala kawasan bersimen di hadapan menara jam ini digunakan untuk bermain skateboard. Tapi kami akan gunakan tempat ni untuk untuk acara sukaneka.
Yang best nya kat sini, walaupun dah pukul 11 lebih, cuacanya sungguh sejuk dan nyaman. Nak nampak matahari pun susah.. Kalau kat KL ni, x de can nak berjemur pukul 11 ni.. Matahari dah mencacak atas kepala.

Kami mulakan acara untuk orang dewasa. Antara acaranya ialah:
1. SAMBUTLAH SAYANG (BALING BELON AIR)
2. IKATAN KASIH (LARI IKAT KAKI)
3. BERPADU RINDU (LARI DALAM KAIN PELEKAT)
4. MERAPAT KASIH SAYANG (LAGA BELON


Selepas itu acara gabungan dewasa dan kanak2. Antara acaranya ialah:
1. LARI KEPIT BELON
2. BAWA BOLA PINGPONG DGN SUDU
3. BOLA KING KONG
4. JUNJUNG BUKU

Memang kelakar giler masa ni. Macam2 ragam dapat dilihat. Memang memenatkan tapi best & enjoy. Semua peserta memberi komitmen yang sangat tinggi... hahahahaha




Lari ikat kaki (ikatan Kasih)

Berpadu rindu (lari dalam kain pelekat/batik)

emmm.... ambik ko......

Sambutlah sayang (baling belon air) 

merapat kasih (laga belon)

I love u...... hihi

acara kepit belon

bawa bola ping pong dengan sudu

amboi... overnya Bamie oi

Bola King kong

hahahaha... kelakar siot

Junjung buku

 Hahahahahaha........ kepenatan semuanya lepas sukan yang tak berapa sukan tu... hihi... yang penting ENJOYYY.... 

Lepas tu kitorang pun apalagi... berpicnic la... Perut pun memang dah lapar disebabkan faktor cuaca... Hihi... Kitorang lepak kat sini sampai pukul 2 lebih.. Memang best.
Masa santapan...

Selepas tu, Destinasi kami seterusnya ialah di Tringkap iaitu Cameron Lavender. Memang cantik tempat ni. Banyak sangat bunga2 lavender berbagai jenis dan spesis. Nak masuk tempat ni ada bayaran nya, dewasa RM5 Kanak-kanak RM3.




























Destinasi seterusnya, kami singgah di Kea Farm. Tapi sekejap je.. Sebab nak shopping rantai keychain. Sempat lagi tu beli bantal peluk ulat bulu. Murah je RM15. Bantal2 strawberry tu murah2. Harga dari RM8 - RM30. Kami pulak macam biasalah. Bila singgah tu makan ubi keledek rebus lah.. Selain tu kami rasa aiskrim strawberry. Home made. memang terbaik. Harga RM1.20 sebatang. 

Suka la tu.. Dapat ulat bulu


Selepas tu, destinasi seterusnya ke Kampung Taman Sedia
Satu daripada tarikan di Cameron Highlands ialah kampung 
tradisional Taman Sedia. Kampung ini terletak hanya kira-kira 600
meter dari Pekan Tanah Rata. Ianya merupakan kampung 
penempatan melayu yang pertama di daerah ini. Menurut dongeng 
dahulukala kampung ini merupakan sebuah taman bunian yang 
sangat indah. Oleh kerana taman ini telah tersedia sejak dahulu lagi, tempat ini terus dikenali sebagai Kampung Taman Sedia yang 
bermaksud taman yang telah tersedia. Kampung ini sangat bersih, 
cantik dan teratur.

Kawasan persekitarannya dikelilingi oleh ladang-ladang strawberry  yang diusahakan oleh pengusaha melayu, seperti KHM 
strawberry, Opah Strawberry dan YZ Agro Strawberry dimana pengambaran drama " Vanila Coklat" dijalankan.

Jadi kami mengambil keputusan untuk ke YZ Agro Farm & Cafe. Terletak di No. 22, Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands

Ia bukan sahaja sebuah ladang strawberry, kat situ jugak ada cafe menjual minuman panas, sejuk, cake, nasi lemak, meehoon sup, dan berbagai2 lagi. Kawasan sekitarnya memang cantik dan mendamaikan. Saya dan mak memilih untuk makan meehon sup dan milo panas. Harga nya murah dan berpatutan.. Mee hon sup pun baru RM4 air panas RM2 segelas. Kak Eley memilih strwberry cheese kek dan Tea honey. Kak As pulak coklat Brownies dan air milo panas.
Kami lepak di situ agak lama jugak lah sampai lewat petang.














Destinasi seterusnya,,, hihihi..... apalagi.. balik homestay lah kan... Mandi, solat dan baring2 sekejap. Selepas tu upacara penyampaian hadiah untuk acara sukan yang telah kami adakan... Yang paling happy dah tentu budak2 kan.. ye lah dapat hadiah.. Tapi ye ke?? tgk je lah gambar ni.. Bukti siapa yang lebih exited...

Hadiah sumbangan along #lanun Yakuza

Aidil

Fathul

Aina

Yaya
Amir


Kak As & Bamie

Hahaha. siapa la tu


Kak Eley





Macam banyak je....


Malam tu lepas maghrib, kami sekali lagi repeat ke pasar malam berinchang. Tapi kali ni yang dewasa je lah... Budak2 tinggal kat rumah.. Mak yang jaga. Thanks mak... Bila musim cuti sekolah ni, Pasar malam tu setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Saje2 jalan sambil mencuci mata. Tapi ada juga lah beli ole2 untuk dibawa pulang esok. 

Alhamdulillah...

18 November 2013
Untuk keesokan harinya, Kami c/out awal dalam pukul 10pagi kerana kami akan sambung jalan2. 

Destinasi yang dituju iala KEA FARM.
Memang best pasar ni. Banyak sayur2 ran segar dijual dgn harga yang sangat murah. Naik geram pulak tengok sayur2 yang gebu cantik.. hihi... Sayur pun ada gebu jugak ke,,, Tapi kat sini yang paling banyak beli ialah mak mertua saya lah.. Memang dia niat pun nak bawa ole2 nak bagi kengkawan katanya.... habis lah dalam RM200 beli teh, jem, sayur, jagung, coklat, baju,... haha... tapi memang berbaloi....






















Selepas kami puas bershopping, destinasi kami adalah ke Bharat Tea Plantation di Tringkap. Cukup cantik pemandangan di kebun teh ni.. Suasana yang mendamaikan, pemandangan yang cukup menghijau..  
Sangat mengasyikkan. 
Kami pun apalagi, tidak melepaskan peluang menyusur jalan2 kecil di kebun teh sambil mengambil gambar,, haha


























Selepas puas bergambar, kami pun bertolak pulang ke KL. Sebelum tu kami sekali lagi singgah di Avant Choclate MAnufacture. Oleh kerana Kak Eley dan mak belum pergi lagi ke tempat ni, jadi kami pun sekali lagi menyinggah lah ke sana. Untuk melepaskan hajat kak eley yang nak beli coklat.. katanya......
Banyak juga dia borong coklat kat situ... Lebih RM100... Suka katanya coklat2 tu punya kotak.. cantik2.. Nak buat souvenir untuk kawan2..









Selepas puas memborong dan bergambar, kami pun mulakan semula perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum tu kami sempat lah menyinggah di R&R Tapah untuk solat dan makan tengah hari walaupun masa tu dh pukul 2 lebih. Kami sampai di Kuala Lumpur pukul 6.30 petang. Walaupun penat, tapi hati puas kerana dapat bercuti bersama keluarga. Next Trip kami plan ke Pulau Pangkor...

Jumpa lagi insyaallah.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu