SALAHKAH

Tuesday 9 February 2016

cuti-cuti PD - part 1


assalamualaikum semua,,,
dan salam 1 MALAYSIA..

Entry kali ni saya nak citer lah pasal vacation weolls ke Port Dickson..
ok
Lets begin
Kali ni saya bercuti bersama kawan kerja,, Perancangan memang dah lama,, sebab tu lah percutian kali ni memang smooth dan teratur,,,
ok. kat sini saya belanja lah itinerary kami sepanjang kami berada di PD. Manalah tau boleh dijadikan panduan semasa berada di PD..
itinerary PD TRIP


Percutian kali ni kami pilih masa cuti Thaipusam baru2 ni.. Maklumlah.. KL dan Selangor cuti kan... hihi... Tarikhnya 23-25 January 2016 (Sabtu-Isnin)

Pagi Sabtu tu (23/1/16), assemble point kitorang kat Shell lepas Plaza Tol Sg besi..
Nampak x jadual tu... kol 8 kena berkumpul kat sana... Kitorang pergi 3 kereta... Macam biasa, kereta saya lah champion,.. kol 8 dah terpacak kat Shell...
kol 8.30 Yatt and husband sampai.. Dia kata ada accident teruk sebab tu jem... 
NAk tunggu kereta anak2 dara la plak.. sangkut kat jem tadi... 
Rupanya memang ada satu kemalangan ngeri kat situ.. Malam tu tengok berita keluar hokeyyy... 6 orang kena rempuh dengan kereta... Yang 6 orang tu dalam perjalanan ke BAtu Caves utk perayaan Thaipusamm... huhu.... sedih...
Ok back to the story mory ni...

Pukul 9.30 baru sampai kereta si MAs dengan Miza ni.. Korang rasa, berakar woi tunggu diorang.. Dah lari dari jadual kitorang ni... Disebabkan itu, kitorang ubah plan.. Sepatutnya akan berhenti di RNR Seremban untuk bereakfast....
Tapi kitorang dah ubah sikit... breakfast jugak... Kat SITU jugak kitorang bukak NASI LEMAK... makan... LApar beb.. lama menunggu,...


menunggu dengan penuh kesabaran.. 

nampak... lapar punya pasal....

Kol 9.30, bila semua kereta dah ada, kami pun bergerak ke PD terus.. X de dah lagi nak berhenti2 ni.. hihi... Sebab jadual perjalanan kami sangat pack.. Bukan apa, takut tak terkejar... 
First destination kami adalah Muzium dan Kota Lukut..  
Kol 10 lebih kitorang samapi di muzium Lukut,, parking kereta lengang.. cuma kami 3 kereta je yang ada... hihi,,, semangat ni....
Muzium ni memaparkan sejarah Lukut bermula pada awal kurun ke 19 Masihi hingga Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sg Ujong. 
hihi.,., x faham kan.... hahaha... saya pun copy paste je ni... Untuk maklumat lanjut boleh lah layari 

http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-lukut .

 

 

 

 
 


Lepas puas bergambar bagai kat muzium Lukut, kitorang proceed ke 
ALLIVE 3D ART GALLERY

Lokasi : No.38-40 jln 2/1 Bdr Dataran Segar ,Lukut71010,Port Dickson
Masa : 11am - 11pm (isnin-jumaat)
            10am - 11pm (weekend/ph/cuti sekolah)
Tiket : RM20 (dewasa) RM15 (kanak2) - with MYKad

p/s : kalau x de mykad tu mahal sikit.. harga.. x ingat la plak... hihi  sorry

Landmark sangat senang... Kalau dari Muzium Lukut tu, keluar balik sampai simpang jalan utama,
Belok ke kanan menghala ke PD,
Kedepan sikit ada pasara GIANT,
Nampak trafik light korang boleh lah susur kekiri.. Lepas tu terus je sampai korang nampak bangunan kedai belah kanan korang... Lokasi dia kat rumah2 kedai tu lah...


3 minit je dari Muzium Lukut


Masa mula2 sampai tu.. rasa macam x berbaloi nak bayar 20 hengget ni... Dah la tiket mahal, locker untuk simpan kasut kena bayar lagi plak tu.. satu locker RM2.. Weoollss, sumbatkan semua kasut dalam satu locker... JIMAT!!

Masuk je dalam Gallery tu... Terpegun kitorang semua,, memang cantik2 lukisan 3D mereka.. Menakjubkan,,, Sampai semua lukisan kitorang bergambar... Memang kat sini lah kitorang banyak bergambar,, 200 keping lebih hokeyy.... korang rasa,,, 
Memang best dan berbaloi lah masuk sini... Nak dekat 2 jam lah kitorang kat gallery ni,,, 
Kat sini kitorang beli lah MUG sebagai souvenir,,, Mug ni blh letak gambar kita.. hihi.. harga RM30.
Kalau nak citer detail tempat ni boleh lah klik  https://www.facebook.com/alive3dartgallery/

meh sini belanja sikit gambar.. ngeeee












kan... best kan..... memang exited giler... lepas ambik gambar je nak tengok hasil nya... adoiii... bateri sampai kong lah... nasib baik ada power bank...

Lebih kurang kol pukul 1 lebih kitorang keluar dari gallery ni.. Ikut perancangan nak Lunch di PD waterfront...
Tapi kesuntukan masa, kitorang ubah haluan ke pasaraya GIANT yang berhampiran situ je... hihii.. senang.. ada tempat makan , toilet dan surau.. Boleh makan, refresh kan diri. dan solat Zuhur...

Lpas dah refresh kitorang gerak ke Muzium Tentera Darat. Muzium yang menyimpan sejarah perjuangan Tentera Darat.

Macam biasalah kol 3 petang. Matahari mencacak kat atas kepala.. Punyalah panas.. Kitorang macam x enjoy lah masa kat sini.. Tapi yang penting bergambar hokey... selfie. wefie.. dalam panas2 tu pun semua ruang kitorang jelajah... 
Dari Era kesultanan melayu melaka sampai lah ke Era kemerdekaan.

Sampai jugak lah kitorang ke terowong PKM (Parti Komunis Malaya) . Terowong asal komunis ni ada di Thailand. Yang kat sini adalah contoh je.Terowong asal sebenarnya lebih sempit lagi... . Nak bagi kita merasa betapa gigihnya komunis2 ni dulu korek sebuah gua untuk dijadikan tempat persembunyian.... 
HUH...
ni lah terowong nya tu
 

untuk maklumat lebih lanjut sila lah layari http://www.armymuseumpd.gov.my/

Meh sini saya belanja gambar sikit... hihi.. #janganmeluatye














hahahaha.... penat nak scrolll ke?? sabar je lah

Ok.. Next dextination... 
apalagi LEPAK KING lah kat Home stay...

Kitorang pilih homestay.. jimat bajet.. 
Lokasi nya dekat je dengan telok kemang.. ada 5 bilik,, satu bilik aircond,, yang lain kipas je..
memang besar... dan MURAH..
dapur lengkap untuk memasak.....
Kitorang sampai dalam pukul 4petang.. Mandi, Solat asar, Baring2 lurus pinggang,,,
sebab petang nanti kitorang nak berjalan lagi... horeyyyyyy.....

Tapi saya tak nak share lah homestay ni..
sebab tak sesuai rasanya.. PD hokey... tepi laut,, panas bayu laut tu memang lah x sesuai kalau bilik tak de aircond.. memang berbahang.. kitorang stay 2 malam kat situ... korang rasa??? hari pertama tidur dalam bilik.. mak aiiiii... berkuappp,,,
Hari kedua kitorang anak beranak bergelimpangan kat ruang tamu... kat hall tu sejuk sikit.... 
Lantak lah.. dah darurat rasanya...
Bertambahlah mendukacitakan, bilik yang ada aircond tu... banyak nyamuk... WAAAAAAAA... esok tu terpaksalah si Yatt pergi beli Sheldtox.... hahahaha... adoiiii... 
ok STOP STOP STOP
stop from compaining..
hihi... Pengajaran kat sini kalau lah bercuti tepi pantai ni... tolonglah cari bilik yang ada aircond.. 
FULL STOP


ok.. Next Destination ialah
PERKAMPUNGAN NELAYAN KAMPUNG TELUK PELANDUK

Tempat ni ialah jeti untuk nelayan2 ke laut.. dan boleh lah beli hasil tangkapan kat jeti ni.. Disebabkan kitorang sampai pun dah petang, memang x de lah nelayan tu.. kalau korang datang pukul 7 pagi harus lah ada.. ikan2 fresh untuk dijual... perghhhhhh.. Tempat ni banyak monyet tau... hihi......

Tujuan nya kami ke sini sebenarnya nak tengok matahari terbenam,,, Memang cantik tempat ni.. 
banyak pengambaran drama dan filem shoot kat sini.,. salah satunya filem CINTA KOLESTROL

Kitorang sampai dalam pukul 6.30 petang.. langit cerah dan cantik.. Kat sini ada 2 jambatan tau.. satu yang kayu dan satu lagi batu konkrit,, 
Kalau ambik gambar, kat jambatan kayu lah cantik....

Nak tunggu matahari terbenam rasa macam lama pulak,,, hihi..  Kebetulan masa tu bawak budak2 kecik kan.. rasa macam scary lah pulak.  Macam bahaya rasanya.. Buatnya diorang overexited,,, maunya diorang kata nak mandi laut pulak kang... 
Kitorang tak lama pun kat situ..
ambik2 gambar lepas tu dah beredar..

Kat sini ada warung kecil.. Bolehlah untuk minum2 petang.. ada jual laksa hokey... 
kitorang x de lah try.. sebab kitorang pun ada plan lain untuk makan malam kan... kang kenyang pulak.. hihi...

Meh la hakak belanja lagi gambar... hihi.. yang ni gambar kitorang ambik dari jeti kayu...











Gambar yang kitorang ambik di jeti konkrit..
3 dara pingitan.. Dara ke?




scary kan... takut plak terjatuh ke laut

orang kuat ni ijatt ooooiiiii.... yang hado

Matahari bakal terbenam,, Subhanallah,, 
banyak monyet wooo.... 

nampak x? jambatan kayu belah sana tu... 
                                     

Settled kat perkampungan nelayan ni, kitorang terus ke MEDAN IKAN BAKAR PASIR PANJANG.
Kat sini ada 2 medan ikan bakar.. 
kitoarang pilih MEDAN NELAYAN..  View dia memang cantik.. kat sini pun ada jeti hokeyy,,,, JETI KONKRIT..... Dan kat sini gak boleh tengok matahari terbenam.....
Masakan dia sedap,, Harga boleh tahan.. X mahal X murah...
Kitorang makan 7 dewasa 2 kanak2 harga semua nya RM208.

Bajet lah sorang RM30 sekepala..

Menu kitorang ambik... 
IKAN KERAPU BAKAR PEDAS
IKAN SIAKAP STIP ASAM BOI HALIA
SUP TOMYAM
SOTONG GORENG TEPUNG
SAYUR KAILAN IKAN MASIN
TELUR DADAR
NASI PUTIH 2 BEKAS - sebab x cukup sebekas... lapar bebbbbb
AIR FRESH ORANGE

nah hakak tepek kan lagi gambar,,,,, jamu la sampai pitam











dapat jugak tengok matahari terbenam
sempat plak anak den posing











Begitulah kisah sehari perjalan kami ke PD ni... ni baru hari pertama tau,,, nanti saya kisahkan lagi story kami di PD untuk hari ke 2 dan ke 3,,,, 
TUNGGGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUU,....

Assalamualaikum....