SALAHKAH

Wednesday 30 January 2013

KOTA KERIANGAN GENTING HIGHLANDS - RELEASE TENSION

Percutian ke Genting Highland sudah menjadi agenda tetap dalam kalender percutian kami.

Tahun 2013 ni, kami telah pergi ke kota keriangan pada tarikh 27 Januari 2013(ahad). Kami membuat keputusan untuk bermalam disana. Bermakna akan c/out pada hari Isnin. Kebetulan tarikh 27hb tu adalah hari Thaipusam. KL cuti. bermakna cuti akan bersambung pada hari Isnin.. Tak payah lah saya nak ambik extra cuti. hihi....

Kami bertolak tepat jam 7 pagi.. Saya dah sediakan sandwich dan nugget. Dan juga satu termos air milo.. On the way tu kami singgah beli 4 bungkus nasi lemak sambal asing. hihihi... Al maklumlah.. kat genting tu makanan boleh tahan mahalnya... Dalam kereta anak2 sambung balik tidur.. Nasib baik.. Kalau tak, meragam pulak sebab jalan bengkang bengkok.. Takut termuntah.. Alhamdulillah mereka bangun bila kami hampir sampai di atas.

Kami sampai di Genting lebih kurang pukul 8.30 pagi. Husband beratur untuk beli tiket. Tapi kaunter buka pukul 9 pagi.. Kami beli tiket untuk family pakej. 2 dewasa,2 kanak-kanak. Harga RM213.00 untuk 'ALL PARK'


Baru je parking, dah x sabar2


sempat bergambar sebelum tiket kaunter buka



Kami pergi yang outdoor dulu. Layan anak2 main game dulu. Kami ni takde lah nak main roller coaster bagai.. hihi... tak berani. Setakat main gajah, merry go round tu boleh lah...









tak sah kalau tak bergambar kat bas ni...




Anak2 main tak tahu erti penat. Happy sangat la tu.. Kitorang pulak yang penat..
Kitorang ada kat outdoor sampai pukul 2.30 petang.

Sebab kitorang nak c/in pulak. Kami stay dekat First World Hotel. Murah je RM78.00 satu malam. Saya booking melalui internet. Murah sikit. Kalau walk in, harga bilik dah jadi RM200 lebih..  

Sekarang nak c/in kat FWH dah senang. C/in boleh guna Kiosk machine. Senang je. Tak sampai 5 minit dah dapat kad untuk access ke bilik. Tak payah nak menunggu kat Lobby tu lama2. Boleh lah rehat dan tidur kat bilik.. hihi.. Kami dapat bilik kat tingkat 27.. Mak oi.. Tinggi tu..

Lobby FWH

Di hadapan pintu bilik.. hihi... Sempat posing


Pukul 6 petang, kami sambung lagi game.. Kali ni kami pergi yang indoor pulak..Kat Indoor ni, lagi lah anak2 suka.. Banyak game utk budak2 saje.. Kitorang ni.. emmm ikut je lah.. Kitorang ada kat FW indoor tu sampai pukul 12 malam..  haaaaaaaa.... Punya lah sakan.. Main sampai lebam..









nampak tak jam kat belakang tu.. lagi 5 minit pukul 12 malam..


Kami balik bilik pukul 12 malam.. Malam tu kitorang semua tidur dalam keletihan.. Bilik tu punya sejuk, tak boleh cerita. Selimut pun tak lut..

Pagi tu kitorang tak kemana2. Lepak dalam bilik je sementara nak tunggu c/out.

Pukul 11.30 pagi, kami pun c/out. Untuk c/out pun dah senang.. Guna machine c/out je.. haha... Masuk kad, lepas tu.... Thank you.... Mesin tu la tulis...


C/out Machine.

Sebelum balik tu, sempat lagi lah kami bergambar2 dulu...






Begitulah kisah percutian kami kali ni... Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang
Semoga bertemu di lain kali... Insyaallah...


Thursday 10 January 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI DI KFC AMPANG - DOUBLE BASH BIRTHDAY 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Pada 6 Januari 2013, kami telah mengadakan sambutan hari jadi Putera dan Putera kami di KFC Carrefour Ampang. Anak Sulong ku Aina Najihah Mohd Najib lahir pada 12/1/2007. Tahun ni dia berumur 6 tahun.. Anak ke 2, Aidil Nasriq Mohd Najib lahir pada 2/1/2010, berumur 3 tahun.. Menyambut bersama2 ayah mereka (husband ku) hihihi yang tarikh lahirnya jatuh pada 8 January..



Family ku..

Birthday Boy - Aidil the Batman's

Birthday Girl .. Aina Angry Bird

Tema Party untuk tahun ni, aku memilih tema Cartoon in Orange & Green.... Cartoon untuk kanak-kanak... Untuk Parents plak boleh pilih orange colour atau Green..
Yang bestnya, jemputan kali ni sporting2 .. datang dengan baju oren dan hijau... cantik sungguh... Thanks semua...

gambar2 tetamu yang hadir
family mak mok

mak & ayah

Family Nasir

Family Amy

Ibu Des se family

Abang Mie sefamily

Kak Eley & Her son

Family Ramadhan

Family Salleh & Safura








Antara tetamu yang hadir...


Untuk kanak2 disediakan party pack dan untuk parents plak adalah door gift untuk mereka.. Menu utama, hihi biasalah mestilah ayam KFC.. Tapi ada tambahan nugget dan chicken ball, aku goreng dari rumah... hahaha.. slumber je aku letak makanan tu kat buffet.. Sepatutnya No Outside Food allowed... Tapi Staff dia, pejam kan sebelah mata je lah.. Gula2, Jelly, Coklat, aku letak kat buffet counter.. Kalau mereka nak, pandai2 lah ambik masuk bag.. hihihi...


Party Pack

Door Gift..










Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh suami ku... and then barulah upacara MAKAN.......







KFC teams adalah buat games untuk kanak-kanak.. Bukan main seronok lagi budak2 ni.. Bukan setakat game untuk kanak2, untuk dewasa pun ada... hahaha... Tapi hadiah untuk orang dewasa, kami lah yang kena sediakan...





Rebut... jangan x rebut

Chicky pun nak main??

Selain tu diadakan juga cabutan bertuah.. Best dress untuk kanak2, Best Dress untuk family, dan pasangan sweet.. Payah juga nak pilih pemenang untuk best dress ni.. Sebab ramai jugak lah yang ikut tema..

Lucky draw

Lucky draw

Lucky draw

Lucky draw

Lucky draw

Lucky draw

Lucky draw

Yang kenit ni??? hihi Pemenang best dress la... Cute kan?

Kategori Sweet Couple - Kak ely & Abang Mie

 Kategori Sweet Couple - Mak & ayah

Kategori Sweet Couple - Nasir & Zila

Kategori Sweet Couple - Pasangan ayah & anak

Kategori Sweet Couple - Ramadhan & Ida

Kategori Sweet Couple - Nadia & Suami

Kategory Best Dress for Family - Family Pakmok

Kategory Best Dress for Family - Family mak Lamah


Yang datang single pun ada juga lah hadiah nya....

Makcik Azrinn

Kak Marlia

Kak Ana

Mak Tam

Mok Su

Acara terakhir, adalah acara memotong kek... Masa tu budak2 ni suka lah.. sebab chicky keluar join sama2..










Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.. Anak2 pun happy... sebab... diorang dapat banyak hadiah..


Malam tu, acara bukak hadiah... Mak ai letihnya.... Mata dah ngantuk, badan pun dah letih, tapi diorang ni tetap jugak nak bukak hadiah tu... layan je lah..











Tapi yang letihnya, ayahnya lah.. hihi.. kena kemas kertas2 balut hadiah tu..





Alhamdulillah.... Berakhirnya satu hari yang gembira untuk family ku....

amin
jumpa lagi