SALAHKAH

Wednesday 24 December 2014

KISAH KAMI DI HELLO KITTY TOWN JB

ASSALAMUALAIKUM,
SALAM 1 MALAYSIA

Dah hujung tahun, baru ada kesempatan nak update kisah kami berseronok di Hello Kitty Nusajaya JB. Nak bagi tau lah ni. Kenapa kami pilih tempat ni? haaaaaaaaaa. Actually, Kami telah memenangi peraduan kat dalam FB Dutch Lady Malaysia. Tak ingat pulak peraduan apa.. Kami dapat 4 keping tiket ke Hello Kitty JB.

11 June 2014, hari rabu kami bertolak dari KL terus ke JB. Hari Rabu??
yess.. Hari Rabu, bersamaan hari bekerja.. Motif.. biasalah, kepadatan manusia kat dalam bangunan tu nanti x lah mengusutkan fikiran aku...
Anak x sekolah ke? ... ye tepat sekali.. x sekolah... a.k.a : cuti sekolah...
hahaha.. x yah nak berbulu sangat lah....

Macam biasa, awal pagi.. kitorang dah gerak. Pukul 6 pagi hokey... Bajet kol 10 nak sampai kat JB. Tapi biasalah kan.. Encik suami ni bawak kereta sangat mematuhi undang2 jalanraya Malaysia.. tambah pulak dok berenti kat R&R .. Kitorang sampai JB pukul 11 pagi. First time nak pergi hello Kitty ni.. Main redah je.. Ikut je papan tanda ke Nusajaya. Lepas je exit Nusajaya tu dah nampak papan tanda Legoland dan Hello Kitty... So follow je lah..

Hello Kitty ni rupanya taman tema dalam komplex.
Nama Komplex ni Puteri Harbour Theme Park. Terbahagi kepada 2 bahagian.
Sanrio Hello Kitty & The Little Big Club. 
Kita boleh pilih nak main hello kitty ke atau little big club.. Kalau nak main dua2 pun boleh.. Harga dah jadi lain lah... Haaaaaa.. x yah kompius sangat.

Walau pun kami ni masuk free berbekalkan tiket free yang hado.,.. aku nak jugak lah share harga tiket theme park ni...
2 Theme park - RM85/per person
1 Theme Park - RM55/per person

Harga untuk Dewasa dan kanak2 sama je...
Mahal beb.. tu pun kalau bersertakan dgn MY kad
kalau x de MY kad harga jadi lain

2 Theme Park - RM110/ per person
1 Theme Park - RM75 / per person

Kalau lah x de tiket free tu, fikir 40 kali lah nak masuk sini.. Sebab rasa macam tak berbaloi.. ERRKKK .. krik krik krik krik

OK. aku mulakan dengan experience aku yg pertama kali kat sini..
First kitorang kena beratur untuk scan tiket.. Lepas tu setiap sorang dia bagi kita gelang.. Satu Map kawasan dan satu stamp kad. Stamp kad ni akan digunakan kat Hello Kitty Park,

Ada 6 bahagian. Setiap bahagian yang kita masuk dia akan cop 1 stamp.. haaaa..
x paham kan.. . aku pun mula2 x berapa nak paham.. hahaha

Bangunan ni ada 3 tingkat.
Tingkat G x de apa2.. Cuma Souvenir shop je...
So, kitorang terus ke tingkat 1 dimana terletaknya SANRIO HELLO KITTY.





Nah aku tepek kan peta kat tingkat satu,,,,
So masa nak masuk tu kitorang pun biasalah ,,, clitche rakyat malaysia... bergambar la dulu..


Masuk je kat Hello Kitty ni budak2 ni rasa kagum lah.. sebab banyak patung2 Hello Kitty ni kan.. Macam2 size.. Kat tingkat satu ni x banyak sangat game.. Kat sini ada 6 bahagian."COOKIES STUDIO, JEWELLERY MAKING, BUTTON BADGE MAKING, COSTUME DRESS UP, HELLO KITTY HOUSE, BLACK WONDER". Baru lah aku tau fungsi kad stamp tu untuk apa,., Rupanya, bila kita dah masuk, dia akan cop,, so, kita dah x boleh masuk lagi kat situ,, Maknanya masuk sekali sahaja. Jadi, gunakanlah pengalaman tu dengan sebaik2 nya,,, hihihi..., Selain dari tempat2 ni, nak masuk beribu kali pun x pe....,


So, tempat pertama kami tuju ialah WISHFUL STUDIO. Ada 3 bahagian kat sini.. First, kitorang beratur kat cookies studio,, budak tu mintak la kad stamp tu,,, hihi... cookies tu dia bagi bentuk hello kitty. sorang sekeping... so, kita boleh design kat kat biskut tu nak mcm mana pun.. Budak2 suka lah.. main masak2 kan... lepas tu boleh makan lagi cookies tu.. Sedap jugak.. huahua












Lepas tu kami ke "Button Badge Making" . Kat sini dia bagi kita kertas kecil bentuk Hello Kitty... Lepas tu kita boleh warnakan Hello Kitty tu ikut suka kita.. Boleh letak nama kita jugak... Lepas siap semua, kita bagi je kertas kat budak penjaga tu, dia buatkan kita badge berdasarkan lukisan yg kita warnakan tadi...

Punya bersemangat si adik...

Kakak ye ye oo je...


Ni lah hasil lencana tu... 


OK.. yang ke tiga kami pergi ke "JEWELLERY MAKING" ... kat sini best.. sebab dia bagi kita satu rantai silver dan satu loket silver bentuk Hello Kitty...
Tapi yang kelakarnya ye ye lah ingat dapat tengok orang buat jewellery....
Rupa2nya dia suruh masukkan buah rantai tu kat dalam rantai je... hahahahaha....
hampeh....
tapi kita dapat rantai tu... Kira macam souvenir lah.... So, kami ada 4 rantai Hello Kitty







Yang ke empat kami pergi ke COSTUME DRESS UP.. Kat sini dia bagi kita pakai pakaian kartun.. ada macam2 Dari size kecik sampai lah yang besar. Tapi kat sini susah sikit nak ambik gambar... haha.. Yang sebenarnya segan nak publish gambar kami laki bini pakai costume kartun...





Lepas settled je 4 bahagian ni, kami terus ke Hello Kitty House. Kat dalam ni, kita boleh tengok bahagian rumah Hello Kitty,, Semuanya Hello Kitty, Memang cantik.. Geram2 menengoknya,,,
Masuk2 je nampak kerusi ni....


Piano real

Komputer desk

kerusi makan



Bahagian dapur


Bath tub

Bahagian Toilet

almari baju yang cute

Katil comel giler

Siap ada telefon lagi
Wardobe
Bilik Komputer
Bilik make up
Lepas je keluar kat rumah Hello kitty ni, kami ke tempat terakhir, Black Wonder.. Tempat ni macam tempat cari harta karun. Mula2 dia bagi kita macam pelita tanah. Kita kena cari Perkataan yang betul... Mula2 tu kita cari clue ... Kalau kita berjaya cari dalam masa yang diberikan, kita akan dapat sijil kejayaan.. haha.. atas komitmen dan keyakinan kami anak beranak, kami berjaya menghabiskan task yang diberikan dengan bangganya... huahuahua





Keluar je dari tempat menakutkan ni, kat depan stage dah ramai orang nak tengok hello kitty parade.. Kitorang pun join lah,, Seronok gak lah tengok Hello Kitty ni berjoget2...




Kat Tingkat satu ni x banyak sangat game.. Ada 2 je. Tea cup ride dgn playland... Kat sini boleh main berapa banyak kali pun... hihi.. cawan pusing2 buat pening kepala je.. ishhh... budak2 suka lah...





Settled dah kat area Hello Kitty Theme Park ni... Terus je kitorang menuju ke
THE LITTLE BIG CLUB .
Theme Park ni ada 2 tingkat.. Tingkat 2 & 3.... Kat sini memang happening wooo.... Aku laki bini pun teruja jugak... Tapi mula2 je lah.. Lama2 tu bosan jugak.. Anak2...?????  mmmm x kenal makna bosan hokey... Last2 kitorang duduk je kat bangku yang disediakan.. anak2 main je sendiri..... Penat wooooo... sampai terlentok2 aku mengantuk... Kalau sesiapa tu ada anak lelaki, aku suggestkan x payah lah beli 2 theme park ni.. Beli je satu Theme Park yang kat THE LITTLE BIG CLUB ni.... memang mcm2 game untuk budak2.. macam funfair.. Main banyak kali pun x de masalah..
X de pun nak cop2 stamp ni....
Kat sini ada berbagai kartun karekter .. Bob the Builder, Thomas & Friend, Angelina Ballerina, Pingu dan Barney.... Nak tulis pengalaman pun macam tak tau nak mula dari mana... paham2 je lah... perasaan exited tgk maskot2 yg besar2 ni...






























Kat sini dia bukak dari kol 10 sampai 6 petang saje hokey.... Korang paham2 je lah pukul 6 baru kitorang keluar... oh ye, lepas je keluar dari Puteri Harbour ni, kitorang pun gerak ke hotel.. 'Kitorang stay kat PRINCETON JB...
Bilik dia .. boleh tahan lah.. cantik dan bersih








Kita jumpa lain kali ye u olls.... nak cepat balik sebenarnya ni.... yahoooooooo
Nanti nak story pulak pasal we oolls pergi Legoland plak....
Assalamualaikum....
Jumpa lagi....

9 comments:

  1. Tq. Info yang detail, siap ade map lagi. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    JOM BERKUNJUNG KE SABAH
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang (1Night)
    Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
    Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
    En Roslan 0168392919 (whatsapp)
    Email : borneoukinabalutour@gmail.com

    ReplyDelete
  3. hy..nak main tu semua kene bayar lg ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hAIZA, BAYAR KAT ENTRANCE...
      MAIN DALAM TU SEMUA FREE....

      Delete
  4. Salam sis princeton jb tu brape ye satu malam

    ReplyDelete
  5. Salam sis princeton jb tu brape ye satu malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Alyani Basharuddin ... semalam dalam RM110. x ingat lah sis.. macam tu lah lebih kurang harganya

      Delete
  6. wah mau ngajak anak aku kesana. kapan ya

    ReplyDelete