SALAHKAH

Wednesday 15 January 2014

TIPS MEMBUAT PASSPORT

Salam Sejahtera..

Aku ni nak share sikit lah. Beberapa tips untuk membuat passport.. bukanlah nak berlagak ye.. tapi untuk memudahkan korang untuk buat passport..

Kitorang ni sebenarnya nak ke Singapore. Sebab tu lah kena buat passport.. Macam aku ni memang dah adalah.. Untuk husband, dan anak2 belum ada lagi..

Disebabkan faktor masa dan kekangan kerja, kitorang ambil keputusan untuk buat di UTC, Pudu pada hari Sabtu..

Di sini, aku nak share beberapa tips:

1. DATANG AWAL
   Macam aku hari tu, selepas subuh kitorang dah pergi, Bayang kan kitorang sampai paling awal. Beratur no satu. Pukul 6.30 pagi dah beratur. Mau nya tak dapat no 1. Pintu UTC tu pun belum bukak lagi... hihi... Lepas kami beratur, berderet2 orang lain ikut.. sempat aku cakap dengan husband aku, "kalau kita lambat sikit, alamatnya no 20 la kita" hihi...
Waktu operasi 8.30pagi.. mak ai..... 2 jam lagi kaunter nak bukak ni....
Korang tau x kenapa aku kata kena pergi awal, kalau korang pergi pukul 8.30 pagi lah, sebab korang fikir kaunter bukak pukul 8.30 kan.. korang silap.... sebab orang yang datang masa kaunter bukak tu, no dia dah 100 lebih...
So, korang fikir..... berapa lama korang nak kena tunggu kat Imegresen tu.. sampai lebam....

2. WAKTU URUSAN
Sila lah cek ye waktu urusan Jabatan Imegresen ni...  bolek klik SINI jugak...
Yang ni aku citer, masa kat UTC pudu. Punya lah ramai umat manusia.. Pening aku tengok nya. Tempat dah la kecik.  Tapi bagi aku lah, mana2 cawangan imegresen pun, orang yang datang tu dah macam ulat aku tengok.. Punya lah ramai.. Tapi macam kat Pejabat Imegresen Jalan Duta KL, tempatnya luas. 
Kat sini aku nak inform sikit, kalau korang bercita2 nak buat passport pada hujung minggu, silalah ke mana2 cawangan UTC atau RTC.. sebabnya, kebanyakan Pejabat Imegresen Negeri waktu urusan nya dari Isnin-Jumaat sahaja.. Tapi ada jugak lah Jabatan yang bukak hujung minggu. Tapi sampai pukul 1. Walau apa pun cek lah waktu kat sini.
Time aku buat passport dulu, aku buat kat Jabatan Imegresen Jalan Duta. Pejabat tu buka hujung minggu, tapi sampai pukul 1 lah.. Tapi sekarang ni, jangan buat pasal.. Kat Jalan Duta waktu urusan hanyalah sampai hari Jumaat sahaja ye.. Hujung minggu TUTUP....
Haaaa!!!!!
Lagi satu, Walau pun kat UTC ni bukak sampai pukul 10 malam, korang kena datang sebelum pukul 5 petang, Sebab lepas daripada pukul 5, pegawai tu dah tak bagi no giliran lagi. Dia akan suruh korang datang esok je.. hehehe... Dia kata, mereka ni akan clearkan orang yang dah ada ni sahaja.. Sebabnya RAMAI.. Harap maklum.. Kalau korang ambik no giliran dah pukul 9.45 malam, korang agak pukul berapa nak siap??? 3 pagi? 4 pagi?. Tapi kalau korang datang untuk collect passport sahaja.. tu x de masalah... Hari tu aku pun datang lepas maghrib.. Ok je... x de masalah... Maksud aku tadi, untuk yang baru nak buat passport...
Kat laman web Jabatan Imegresen waktu urusan dia kebanyakan akan tulis setiap hari.... tapi jangan terpedaya... HARI CUTI UMUM A.K.A PUBLIC HOLIDAY...... TUTUP... ingat ye... Kaunter akan di tutup,,, sebabnya... hari tu aku pergi time Christmas.... WAAAAAAAAAAAAA,....... kaunter TUTUP...

3. BUAT AWAL.. JANGAN LAST MINIT
   HAAA!!!!! kenapa aku cakap buat awal... Memang lah sekarang ni passport boleh siap dalam masa 1 jam... What???? 1 jam???? nak menunggu sampai no giliran dipanggil pun dah berejam2... belum lagi masa nak buat pembayaran... Anyway, passport tu boleh la disiap kan dalam masa 1 hari.. Tu pun kalau korang pergi awal pagi.. Kalau lah korang pergi time dah nak tutup... korang agak????
Aku nak citer satu insiden ni, masa hari kitorang buat passport tu, ada lah satu kakak ni, dia kata dia dah beli flight tiket.. Flight dia pukul 9 pagi.. Dia tak perasan yang passport dia dah expired... What????? macam mana ko boleh x perasan? Logik ke??? dalam hati je lah aku mengomel... hihi.... So, dia citer, dia terpaksa lah  bayar surcharge RM300 untuk tukar waktu penerbangan ke pukul 1. Harap2 sempat lah nak siap passport dia tu... Masa pintu kaunter bukak, awal2 lagi pegawai imegresen tu dah bagi pengumuman, yang sistem mereka off line. Ada masalah.. Katanya..... Jadi, untuk buat passport x de masalah.. Tapi passport hanya boleh di collect pada hari Rabu... WHATTT?????? kakak yang nak renew passport tu lah yang berteriak... Dah macam orang kena sawan aku tengok nya,, Kesian pun ada... Tapi nak buat macam mana? Pegawai tu pun dengan berbudi bahasa lah meminta maaf atas sebab2 teknikal ni... Lepas tu aku tengok dia pergi dari situ.. Ntah kemana dia nak pergi, aku tak tau lah... Aku rasa dia pergi ke cawangan lain kot...
So, moral of the story, JANGAN BUAT LAST MINIT.....


4. BAWA GAMBAR BERSESUAIAN
Bawak 2 keping gambar ye..

Spesifikasi gambar passport Polikarbonat
1. Kepingan gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang
2. Saiz wajah pembawa passport berukuran minima 25mm-30mm (50% - 60 % ukuran ruang gambar mengikut ICAO)
3. Lebihan ruang di antara kepala dan hujung kepingan gambar berukuran 10mm
4. Lebihan ruang antara dagu dengan hujumg bawah kepingan gambar berukuran 10..
5.Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
6. Tiga suku profil tidak dibenarkan
7. Pemohon memandang tepat ke arah kamera
8. Mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup
9. Rambut tidak melindungi wajah
10. Tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung

Haha... Confius??? X yah risau sangat lah.. Korang pergi je kat kedai gambar.. Cakap kat tokey kedai nak buat gambar passport.. Pandailah tokey tu ambik.. Tapi kena make sure dulu latar belakang mesti putih.. Takut pulak kang print2 dah jadi warna lain... Haru...... sebab dulu masa aku buat passport, latar belakang dia warna biru... Sekarang ni dah warna PUTIH...
LAgi satu, aku paham lah sekarang ni demam K-POP... Tapi tolong lah jangan ambik gambar rambut tutup2 muka tu.. Yang macam artis korea tu.... Sure kena reject punya...

Tapi jangan risau, kebiasaannya kat mana2 pejabat imegresen mesti ada kedai ambik gambar... Kalau dah terlupa sangat nak bawak gambar tu, ambik je lah kat sana.. Tapi, masa korang habis lah... Nak kena pi ambik gambar dulu.. Kalau dah ada kan senang.. Terus je beratur ambik nombor...

5. BAWA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. My Kad Pemohon.
    Sekiranya tidak memiliki My Kad, kad Pengenalan sementara diperlukan.
2. 2 Keping gambar size passport berlatar belakang putih tanpa bayang
3. Satu Salinan potostat My kad pemohon

Tips: Tolong buat salinan IC sekeping.. Sebabnya: Kaunter di UTC memerlukan salinan IC. Masa aku buat kat Jalan Duta, tak perlu pun salinan IC ni.. Kat UTC, mereka mintak salinan IC.. Jadi, korang bawak je lah salinan potostat IC korang.. Terpulang lah samada diorang nak ke atau taknak, sekurang2 nya korang dah ada kalau dia mintak.. Macam aku hari tu, konfiden je tak bawa potostat ic.. Tetiba pegawai tu mintak la pulak... ambik ko, kena pegi cari kedai yang boleh potostat ic tu.. nah.. aku pun tanya lah kat pegawai tu, hari tu aku buat kat Jalan Duta, dia tak mintak pun potostat ic, kenapa kat sini kena ada? Pegawai tu kata, kat sini memang dia perlukan potostat ic... Adoiii yaiiii.....

Tips: Lagi satu tips aku nak bagi tau, kalau korang ni anggota polis, atau askar, korang kena bawak Kad Pengenalan Polis/Askar dan jugak kad pengenalan biasa. Maknanya 2 kad pengenalan lah... Dan jugak potostat IC dua2 kad pengenalan ni... Kalau x de salah satu, alamatnya tak leh buat lah korang passport ni..

6. BAWA DUIT YANG CUKUP.
ha!!!!!.... Bukan mata duitan ye.. Sebenarnya tolong bawak duit yang cukup untuk pembayaran.
ada 2 Cara pembayaran.
1. Cash
2. Wang Pos
So, korang pilih lah mana satu yang senang.. Bagi aku, cash je lah yang senang..

So, kat sini aku list kan lah harga2 passport ni... hihi
a. RM100 - 2 Tahun
b. RM300 - 5 Tahun

Bayaran bagi warga emas (60 tahun keatas) dan kanak-kanak (12 tahun kebawah)
a. RM80 - 2 Tahun
b. RM150 - 5 Tahun

Bayaran separuh harga (RM150 - 5 Tahun)
yang ni untuk pelajar di bawah 21 tahun yang melanjutkan pelajaran (IPT) ke luar negara

Pengecualian Bayaran:
Untuk OKU yang berdaftar dengan jabatan Kebajikan Masyarakat dan mengemukakan Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.


7. KALAU NAK BUAT PASSPORT UNTUK ANAK
TIPS 1:
Kena bawak anak tu sekali. Tak kiralah baby lagi ke apa. Tujuan nya untuk pengesahan ibu jari..

TIPS 2:
Bawak 2 keping gambar anak berukuran passport berlatar belakang PUTIH tanpa bayang

TIPS 3:
Bawak Surat beranak dan MY Kid. Sebenarnya My kid tu tak perlu pun, tapi bawak je lah. Mana lah tau kan tetiba dia nak pulak...
OOppps terlupa pulak, bawak jugak lah IC ibu/bapa... sebab ibu/bapa kanak2 ni perlu membuat pengesahan.
Dan jangan lupa potostat kesemua dokumen tu.. Kalau kita ni nak buat passport untuk 2 orang anak, jadi kita perlu membuat 2 salinan ic kita,,,

TIPS 4:
Kalau lah korang kena collect passport tu pada hari lain, korang jangan lupa bawa sekali tuan empunya passport tu. Maksud aku ni, anak kita le... hihi.... Sebabnya, masa nak ambik passport tu, kena ada pengesahan cap jari.. Kalau lah anak tu x de, jangan bermimpi lah korang nak collect on behalf ye...

Ok lah...
Aku rasa mungkin ni lah sedikit sebanyak tips yang boleh aku share.. Sebab ni pun base on my experience. Mungkin lain orang lain experience nya kan..

Walau macam mana pun boleh melayari PORTAL JABATAN IMEGRESEN untuk maklumat yang lebih terperinci.


Terima kasih
Jumpa lagi




26 comments:

  1. Thanks sis..

    Very useful writings..

    ReplyDelete
  2. Surat branak perlu bawa x untuk mohon pasport bagi umur 18 tahun keatas?

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing
    Sy nk ke oversea mggu dpn tp pssport blum buat
    Smlm pg UTC pudu ptg tp sistem down
    Tq for info2 ni
    Visit my blog @www.mygoldempire.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Terima kasih maklumat berguna

    ReplyDelete
  5. gambar tu perlu bawa ke maK., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni x perlu bawa gambar... semua nya dia buat kat sana..

      Delete
  6. pagi tadi saya gie buat passport kat utc keramat..memang ramai manusia. saya sampai situ pukul 9pagi..siap semua pukul 12tgh.
    kat situ diaorg akan ambil gambar kita..skarang nie bayaran 5 tahun rm 200 saja...
    pengalaman pertama ke utc keramat. nasib ada waze...

    ReplyDelete
  7. harga pun dh murah dewasa rm200 n kanak² rm100 utk 5 tahun..

    ReplyDelete
  8. gambar tk perlu bawa ye skrg?just bawa diri & ic je kan sis??

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL NURUL... GAMBAR DAH X PERLU BAWAK.. SEMUA DIA BUAT KAT SANA.... SENANG... HARGA PUN DAH MURAH

      Delete
  9. Td baru balik dr pudu sentral.. tapiii lupa arini Thaipussam.. and ade sorg pakcik tu ckp esok bukak.. xtau lah betol ke x.. adoyaii..

    ReplyDelete
  10. Tadi pergi ke pudu nak renew passport.. lupa pulak hari ni Thaipussam.. UTC tutup.. and ade sorg pakcik tu ckp esok bukak... xsure lahh betul ke x..

    ReplyDelete
  11. Memang wajib ke kita bawa gambar passport ? Atau utk sediakan awal² utk permudahkan urusan? Sebab selalunya tangkap gambar kat tempat daftar tu jgk kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bnajwa norji... sekarang ni GAMBAR DAH X PERLU BAWAK.. SEMUA DIA BUAT KAT SANA.... SENANG... HARGA PUN DAH MURAH

      Delete
  12. Ada kena thumb print tak nanti ?

    ReplyDelete
  13. Thanks..pengajaran hari nie dtg kul8..baris dah dekat 200org..gile tul..esok gak dtg kul6:30 pg..

    ReplyDelete
  14. saya nak tanya kalau buat pasport ka sabah apa yg arus d bawah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak gi sabah x yah buat pasport,, kalau u orang malaysia lah,,, hihi

      Delete