SALAHKAH

Friday 28 February 2014

BERCUTI KE SINGAPORE (PART 6) - BAJET KESELURUHAN

Thursday 27 February 2014

BERCUTI KE SINGAPORE (PART 5) - DI DALAM UNIVERSAL STUDIO

ASSALAMUALAIKUM..

SALAM 1 MALAYSIA

Lama betul x update blog ni.. nampak sangat kebusy-an melanda... Aku nak sambung la story pengalaman dalam USS tu pulak..

Tips
1. Ambil pakej ke USS - mudah.. x perlu beratur beli tiket. x perlu drive, x perlu fikir kat mana nak parking
2. Datang awal..- sebabnya.... kawasan USS ni besar utk kita explore. Takut x cukup masa.
3. Datang masa bukan cuti sekolah or Public Holiday - 
4. Bawa bekal makanan roti/biskut - mereka x check pun. Kalau rasa2 nak bawa nasi pun boleh.. 
5. Bawa air yang cukup - sebabnya tempat ni besar hokey....
6. Bawa baju extra - ada permainan yang menyebabkan kita basah... 
7. Bawa baju hujan disposable / payung - cuaca kita x leh nak jangka. Baju hujan tu kita boleh guna masa kat "waterwold"
8. Pakai kasut bersesuaian. Tolong jangan nak mengada2 pakai high heel.. 
9. Jangan lupa ambil map dan show time pamphlet. - senang nak rujuk jadual street show dan stage show.. 
10. Untuk yang ada anak kecil.. Bawa stroller... Sangat berguna..   



OK.. aku forwardkan sampai ke time pintu masuk USS ... hihi... Kitorang masuk pun dalam pukul 11pagi. Orang pun dah ramai...
Masuk je dalam USS tu secara otomatiknye mulut aku terlopong. badan statik. Kekaguman melanda.. Rekabentuk bangunan memang superb.. Nasib baik encik suami menyedarkan aku ni balik.. huahuahua....
berbaris nak masuk

Masuk2 nampak souvenir shop tu.... 

nampak x.. sbb utama aku jadi statik.. cantik kan..


Perkara pertama yang kami buat adalah cari tempat sewa stroller.. Anak aku ada 2.. Tempat besar gile. So, kena jugak stroller tu.. Kami sewa yang double. SGD50. hahahahaha... Tolong jangan nak remindkan aku berapa RM.... Sakit jiwa nanti aku... Korang pandai2 lah convertkan....

Ni la rupanya stroller tu... 

Bahagian belakang letak segala minuman
Bahagian bawah letak payung/baju hujan/baju extra/towel

Kat USS ni ada 7 bahagian. Besar x? Nak jalan satu bahagian pun punyalah lenguh.. Ni kan pulak 7 bahagian
1. Hollywood
2. Madagascar
3. Far-Far Away
4. The Lost World
5. Ancient Egypt
6. Sci-Fi City
7. New York



 So, U olls kena rancanglah dengan sebijak-bijaknya... Tips kalau datang bawa anak2 boleh ke kiri dulu (madagascar) sebabnya belah kiri banyak mainan yang khas untuk kanak2.. Kalau datang kebanyakan nya dewasa.. Mulakanlah dengan bahagian kanan (NewYork) sebab belah kanan ni permainan dia lebih ekstream


Oleh sebab kami ni ada bawak cenonet2 ni.. kami mulakan dengan bahagian kiri iaitu Madagascar.. Kat sini kebanyakan budak2 punyalah... kita tumpang enjoy,.... hihi.. tempat pertama yang kami tuju ialah A Crate Adventure .  Mmg best lah.. Tapi kena beratur agak panjang..  Orang memang dah ramai masa tu


Punyalah ramai orang.. Letih nak beratur
Dah nak naik bot.. Berdebar2 pun ada
Tu la bot yang kitorang naik
Lepas tu kami beralih ke King Julien's Beach Party Go Around... haaaaaaaa,,,, Mesti korang berbelit lidah nak baca kan.. hihi... Nama je dah gah kan... permainan ni gah sangat... iaitu Merry go round... hihi... Bebudak sangat.. Yang best tu orang dewasa pun boleh naik tau....

Beratur lagi... 

Nampak x.. Gah kan... 





Gloria Snack Shack - F&B Outlet

Stall tepi2 tu ada gak jual makan.. harga?? paham2 je lah

Kebetulan masa tu pulak ada street entertainment dari Madagascar Boogie.. Anak2 aku seronok lah.... tengok patung besar2 ni berjoget... Comel tu,,, Lepas diorang ni berjoget kita boleh ambik gambar dgn cartoon karektor.. Tapi kena beratur le... X lama pun.. Cepat je diorang ni ambik gambar...

yang paling depan tu anak aku le.. hihi


Tengah berjoget penguin tu

dapatlah bergambar

Settled satu part... Kami pun bergerak ke part 2.. iaitu FAR-FAR AWAY ... Kat sini memang best giler.. Decoration dan seni rekabentuk memang cantik.. Rasa macam kat dunia Shrek dan puteri Fiona,,,

Tempat pertama kitorang tuju ialah Enchanted Airways.. hihi,,, X yah nganga sangat,, masa mula2 kami beratur pun x tau lagi apa kebenda game ni... sebab tempat beratur dia kat luar,,, Permainan kat belah dalam... Kami pun ternganga bila dah tau,, ala2 roller coaster hokkkey.... Aduhhh.. Nak patah balik memang dah x boleh.. redah je lah.,.. Tolong ye... masa main.. jantung memang tertinggal kat bawah lah... Tapi anak aku berdua ni boleh pulak nak main lagi,,, adoiiii.. mintak nyawa.....

muka letih bila bab kena beratur

sempat posing

kalau sampai sini maknanya dah nak sampai la tu..
makin berdebar-debar
Ni la game tu,,.... Korang rasa????
Turun je dari roller coaster tu kena rileks kejap... Sebab jantung memang dah hilang.. Nak kasi neutral balik... ok... Lepas tu kami beratur untuk tengok Shrek 4D Adventure.. Kat sini tak beratur lama sebab dia dah bagi jadual movie tu.. Lagipun sekali masuk boleh ramai... Tempat dia besar macam panggung wayang.. Tapi dia best sikit sbb 4D kan.. So. kenalah pakai spek mata 4D.. Kita nampak kartun tu timbul2 depan mata.. bila donkey tu meludah siap terpercik2 lagi kat muka kita... iiiiiiiii... geli... Tapi sebenarnya air tu air biasa je.... hihi.......




Keluar dari panggung ni, ada pulak game pusing2 untuk budak2... Berhenti lagi.. main main main dan terus main.... aku pulak apalagi. sementara menunggu.. berselfie lah...
hihi










Lepas keluar tu kitorang bergambar sekitar kawasan ni.. Sebab tempat ni memang cantik.. Serious cantik





istana Puteri Fiona





Rumah shrek


Selesai 2 bahagian... Next kitorang ke part 3 LOST WORLD ..  Sampai je sini aku tengok orang memang dah ramai... Serious wei... memang rugi.. Beratur panjang.. ada game perlu ambil masa lebih kurang satu jam beratur... Memang x lah kitorang nak beratur,., kena pulak angkut budak2.. aduhhhh... Tempat yang kami sempat pergi ialah WATERWORLD,, memang best.. Kita boleh tengok live cara orang2 putih ni buat movie. Lebih kurang 20 minit la show diorang ni... Memang real beb kalau meletup2 tu... Kalau korang duduk kat bahagian bawah pakailah rain coat.. sebab sure basah woi.... Macam kitorang ni nak rasa jugak kena siram air.. hihi.... kitorang pilih dok bawah.. Kalau duduk kat bahagian atas.. Jangan risau.. x kan basah... 


Pintu masuk







Lepas tu kitorang keluar.. Niat hati nak main lagi.. Tapi masa makin suntuk.. baru part 3.. Kitaorang terpaksa skip... sedih pun ada... Cuma sempat ambik gambar je...






Selesai satu bab.. Kami terus ke bahagian 4. Ancient Egypt ...  Kat sini ada best game. Nama dia Revenge of Mummy... kami x naik.. sebabnya.... Aku dah tau,.., game ni lagi laju dari roller coaster,, x hingin aku nak naik.... Kebanyakan nya kat sini memang kena beratur panjang lah... aku x nak la habiskan masa semata2 nak naik keretapi laju tu,, hihi.. sebenarnya serious takut...
Kat sini jugak ada surau,, Tapi memang kecik sangat kot surau dia... X kesahlah janji ada tempat nak solat kan... 








Dekat sini kitorang x lama.. Masa mencemburui... hihihi... Kitorang terus ke part 5 ... SCI-FI CITY
Kat tempat ni lah memang jadi tumpuan.. sebabnya kat sini lah ada roller coaster yang bergulung2 tu,,, masa kitorang datang ni, roller coaster ni tutup.. nasib baik.. Kalau x.. dah tentu aku cuba.. hahahaha (mata keatas tangan di bahu)



Orang kata kalau ke USS ni x sah kalau x naik transformer the ride.. Memang best giler... satu jam kitorang beratur tapi x rasa sangat masa tu sebab sepanjang tu kita dipamerkan berbagai2 gajet transformer... ala2 muzium mini transformer... Korang kena rasa sendiri pengalaman naik transformer ni... memang 5 bintang...
Kena pakai spek mata 3D baru boleh feel macam dalam robot.. padahal kita duduk dalam kereta je... adoiii.... rasa macam kita jadi robot.,... 



nampak.. macam muzium kan...

apa tu yang?




tangan robot pun ada...

Ni lah dia kereta yang kena naik... 
Gambar masa naik transformer x boleh ambik... lagipun dada ni dah dup dap dup dap.... masa keluar tu.. anak aku ajak naik lagi... adoii... mana nak larat nak oii.. beratur bukan kejap.... lain kali la ye,... eerkkkk krik krik krik krik ... ada ke lain kali nya tu.,... hihi.. insyaAllah.. Kat luar tu kitorang ambik la gambar sekitar kawasan transformer tu...


with bumble bee


with optimus prime


alahai... poyo nye nak oiii
Selesai dah.. So,.. Part ke 6 iaitu NEW YORK.. kat sini pun ada gak macam2 show.. Macam Light Camera Action, Sesame Street.. Kitorang x masuk sebabnya kebetulan masa ni dah nak dekat2 perarakan kartun2 karekter,,, Masing2 aku tengok dah ambik tempat duduk nak tengok perarakan.. Kitorang pun sama lah ... hihi.. Ingatkan sekejap rupanya lama gak perarakan ni.. 



























Last sekali On the way nak keluar tu kitorang ke bahagian HOLLYWOOD,.. Kat sini kebanyakannya souvenir shop.. Ada lah kartun2 karekter... Ada Stage show.... kat sini gak lah aku beli souvenir botol air kepala transformer ....

















Tengok jam pun dah hampir pukul 7.. So, kami kenalah berangkat pulang... hihi.,, skema ayat... Memang rasa macam x puas... Sebab banyak game yang x dapat main,, Macam aku cakap lah.. Datang lah bukan hari cuti ... Kalau hari cuti ni lah akibatnya,,,, It's ok... Kalau ada rezeki, memang nak datang lagi,,,, 

Turun parking bas memang dah tunggu,,, Sepanjang dalam bas mata ni jangan cakap lah,,,, mengantuk beb,, seharian berjalan... So, paham2 je lah....

Sampai sini lah story mory aku kat dalam USS... 
Sekian
Assalamualaikum....