SALAHKAH

Tuesday 25 February 2014

BERCUTI KE SINGAPORE (PART 2) ALL ABOUT S'PORE

Salam 1 Malaysia..

Hari ni aku nak sambung lah citer percutian aku ke Singapore ni.. Entry yang lepas dah cerita intro nye kan..

Bila kami dah lepas dari imegresen Singapore ni, masa tu dah pukul 12tgh hari. Lebih kurang lah..  Tour guide kitorang En Lutfi kata nak bawa kitorang tengok pemandangan Singapore dari atas bukit.. Kitorang ok je.. Maklumlah tak tau jalan..

Perkara yang paling aku kagum dengan rakyat Singapore ni, mereka memandu dengan sangat berhemah. Apa taknya had laju highway diorang ni ialah 70-90km/sejam.. Tu kalau kat highway.. Kat town pulak had laju mereka 50km/hour .. Mak ai... perlahannya.. hihi...Tapi, memang serius perlahan weiiii.... Memang susah kita nak tengok jalam jem.. Memandu pun ikut je lorong masing2.. Tak kusut fikiran...

Si Lutfi ni cakap Singapore ni terkenal dengan gelaran "FINE CITY" .SALAH-SAMAN, SALAH-SAMAN. Sikit je kesalahan saman.. Tak bayar saman, datang surat denda pulak kat rumah.. Bila dah dapat surat tu.. diorang tak boleh keluar dari Singapore. Sebab tu walau macamana pun diorang ni tetap akan bayar jugak saman2 tu.. Kerajaan mereka sangat tegas. Rakyat tak boleh nak perlekehkan undang2 negara. Nampak macam kejam kan.. Tapi nak mengajar orang supaya berdisiplin memang tak boleh berlembut.. Kena tegas.. Hasilnya, negara mereka adalah salah satu negara yang terbersih dan kadar jenayah yang sangat rendah.
Sebab tu bila difikir-fikirkan balik, rakyat mereka bila masuk Malaysia, alamak aiiii... bawak kereta macam lepas geram. Cakap dengan kita pun macam ada jurang.. Kerek semacam...
Mungkin kat Malaysia je tempat diorang boleh bawak kereta laju-laju, boleh buang sampah sesuka hati, boleh makan chewing gum, Kan?? Sebab negara kita adalah sebuah negara yang sangat lemah lembut... SAYA SAYANG MALAYSIA....

Cuba kalau kita buat macam tu kat Singapore... Alamatnya kat imegresen diorang je kita dah kena tahan.. SAMAN bayar dulu ye.. Kalau tak jelaskan saman jangan harap boleh keluar.. Duduk lah korang dalam penjara..Betul ke??? itu apa yang si Tour Guide ni bagi tau lah.. Kesahihannya tak begitu pasti..

Sebab tu, kalau kita gi Singapore, dengan secara automatiknya kita boleh jadi seorang yang sangat berdisiplin.. Nak tau kenapa??

1............
 Kenderaan yang masuk ke sini diwajibkan bawa kad Autopass.. (macam yg aku cerita sebelum ni lah) Semua bayaran ditolak dari satu kad ni. Dari tol, parking dan segala saman ditolak nilainya... Kalau x de kad ni kena SAMAN. Semasa meninggalkan Singapura kena pastikan nilai wang dalam kad  cukup... Maknanya... kat sini segala hutang kita kat Singpore ni kena clearkan sebelum kita keluar dari sini.. Kalau tak, jangan harap nak lepas.. Ke lokap la kita... Cuba kalau kat Malaysia, saman yang ada kita masih boleh biar kan je.. Siap tunggu nama blacklist baru nak g bayar.. Tu pun kalau nak keluar negara.. Sebab takut tak lepas masa nak buat passport..
Sampaikan kerajaan kita dengan berhati mulia nya beri discount pada musim2 tertentu.. haha... BAIK KAN!! Kalau saman parking dari Majlis Perbandaran, lagi senang.. komot2 kertas saman.. then... buang... emmm.... betul tak?


2............
Kat sini kita pandai lah pulak jadi pemandu yang sangat berhemah.. Automatik tu.. meter kereta jadi 50km/jam.. Kenapa ye? Kenapa kalau kat Malaysia tu bawak kereta dah macam orang mabuk.. Laju gilez kalau kat Highway tu.. Had kelajuan di Malaysia yang aku tau pun 110km/jam.. Tapi bila tengok meter paling perlahan pun 120km/jam.. Kalau kereta besar2 tu.. emmmm 180 dah tentu.. Kalau bawak kat jalanraya biasa tu lagi tension.. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan.. Potong queue tu perkara biasa.. Kenapa bila kat Singapore.. orang kita ni boleh jadi sangat mengikut peraturan.. Memandu pun dilorong masing2.. Kalau nak susur tu, pandai pulak awal2 lagi dah bagi signal.. Tau pun tak perlu potong queue.. Sangat berbudi bahasa kan... PELIK... TAPI BENAR...
Jawapan kepada persoalan tu.. SENANG... Kat Singapore ni, kalau tak ikut peraturan .. SAMAN... Ntah mana lah datang nya polis2 diorang ni.. Cubalah pandu laju dari had.. Tetiba polis dah ada kat tepi tingkap kereta kita... SAMAN pulak tu wajib dilunaskan.. Kalau sikit tak pe lah jugak.. Dah convert kan ke RM dah jadi ribu riban... Tak sanggup..... So, sebab tu kita sebenar nya memang boleh jadi seorang pemandu yang berhemah...
50km/j hokeyyyyyy


3............
Kat sini, kita bila nak melintas jalan sangat pandai melintas ditempat yang betul..Kat mana ye.. Kat Zebra Crossing. Sangat sabar menunggu lampu merah bertukar kepada hijau. Kat sini kesemua traffic light nya berfungsi. Dont worry..  Traffic light nya tu plak kecik je.. Tapi traffic light untuk pejalan kaki besar.. Walaupun tak de kereta, masih juga tunggu traffic ligt tu bertukar hijau.. baru lah boleh melintas.. Cuba lah try melintas bila lampu tu warna merah... hahahaha... tetiba je ntah dari mana polis ni datang, dengan perasaan bangganya keluarkan SAMAN.. jadi... sebab tu kita boleh menjadi seorang yang penyabar..
Kalau kat Malaysia ni, bak kata Harith Iskandar... Kita menggunakan POWER OF HAND...
Traffic light pun kadang2 ok.. kadang2 x... awwwwwww.. Jangan mare...





 
 

4..............
Kita kat sini tak dibenarkan makan chewing gum..Tapi tak de masalah lah.. Kita mesti boleh ikut punya lah.. sebab takut kena SAMAN. Kat Singapore, penjualan dan memakan gula2 getah adalah menjadi satu kesalahan..  Nak makan memang tak salah.. kalau kena tangkap salahlah.. hahaha..Kalau agak2 duit tu tak tau mana lagi nak dilaburkan,  Cuba lah try... macam aku cakap, polis di sini ni sangat efficient. Memang diorang ni kerja mencari kesalahan2 orang agaknya.. hihi... tak sabar diorang ni nak selet kertas SAMAN..
Tapi kalau ikut logik akal, memang chewing gum ni tak memberi apa2 khasiat.. Dah la tu, bukan boleh di telan pun gum tu.. Sure, lepas makan orang akan ludah buang punya lah. Ikut suka je mana nak buang. Kan? Paling x pun selet kat bawah2 kerusi, kat tiang2 lampu, kat public phone.. Akibatnya.. orang lain yang tak nampak ni lah kena.. Paling tak boleh blah kalau terlekat kat baju or seluar... HARAM JADDAHHHH.....
Sebab tu kerajaan mereka ni mengharamkan Gula2 getah.. "First step to make their county clean"


5...................
Kat sini, kita secara automatik menjadi seorang yang sangat berakhlak mulia.. Sebabnya.. Kat sini kita tak buang sampah ikut suka hati kita.. Pandai je kita masukkan sampah dalam tong sampah. Walaupun sampah tu kecik.. Sampaikan sampah yang bukan kita punya pun kita tolong buangkan.. Sebabnya... takut kena SAMAN. Nanti polis2 ni ingat sampah tu sampah kita.. Diorang peduli apa.. Dah diorang nampak sampah tu sebelah kita.. KAN??  Seriusss!!!!!!!!! .... Yes ... Serius... Buang sampah pun kena SAMAN olek pak polisi ni... dan oleh sebab itu, Tong sampah menjadi kawan kita............
Persoalannya,,, Kenapa kita tak boleh buat macam ni kat negara kita sendiri?? huhu sedeyyyyyyyyyy..... Sebagai contoh, kat apartment aku lah.. Senang2 je diorang ni buang sampah kat tepi lift.. dengan harapan ada orang akan tolong buangkan sampah ko kat tong sampah besar.. Yang lagi dasyat tu... sapu2 sampah terus buang dari koridor.. HAMPEHHHHH.....


6..................
Kat Singapore ni ada zon larangan merokok. So, janganlah memandai2 nak menyalakan api rokok tu.. Kalau ada ternampak signage dilarang merokok tu,.. faham2 je lah..Kang kena SAMAN lagi.... Kat sini ada juga signage dibenarkan merokok. aaa..... kat situ korang boleh lah pulun rokok tu sesuka hati korang..  Singapore telah mengenakan larangan yang ketat kepada mereka yang merokok, malah hukuman bagi kesalahan merokok di tempat larangan adalah lebih keras. Pokok pangkal nya kat sini, penguatkuasaan yang dijalankan adalah sepanjang masa.
Korang boleh Klik sini kalau nak tau lebih lanjut pasal zon2 yang boleh dan tak boleh merokok ni...
Yang peliknya kita pandai pulak menghormati peraturan yang telah ditetapkan di negara orang. pandai je nak google kat mana kawasan yang boleh merokok.. Kat mana yang tak boleh,, Ada tu.. sanggup yang tak merokok seharian. Boleh pun...kan???...syabas...
Kalau kat negara sendiri.. papan tanda tu hanya sebagai hiasan je lah. Tak tahu mana yang silapnya...
Sebenarnya di Malaysia, mereka yang melanggar undang2 merokok ni boleh didenda sehingga RM10k atau dipenjara selama 2 tahun maksima. Namun jumlah penduduk yang merokok di tempat awam masih tinggi dan tidak terkawal. Paling mendukacitakan, peraturan yang tinggal hanya sekadar notis hiasan tanpa pemantauan dan penguatkuasaan yang efficient.. entah lah.. "tepuk dada tanya selera"

5..................
Lagi satu perkara paling aku kagum kat sini bangunan2 diorang ni tak kiralah, bangunan pejabat ke, atau bangunan perumahan a.k.a apartment atau kondo mahupun flat2 biasa ni.... Sangat bersih.. Tak de satu bangunan pun aku tengok yang comot2 berkulat kat dinding bangunan diorang ni. Lagi satu, aku tak nampak pun diorang ni tampal2 iklan kat merata-rata.. Kat tiang letrik, lampu isyarat, bus stop mahupun papan2 tanda diorang ni bebas dari iklan2 ubat kuat dan iklan ahlong... hihi... Lutfi (si tour guide) ni bagi tau, kalau kawasan diorang ni kotor... kena SAMAN dengan kerajaan.. mak aiiiii.... Saman je kerja nya,,, adushhhh...

Apartment yang sangat unik.. Tertarik aku nengoknya

Unik kan.. macam di letak- letak je bangunan ni antara satu sama lain



Kalau lah kerajaan kita menguatkuasakan undang2 macam ni.. mau menangis rakyat.... waaaaaaaaaaaa.............. makin ramai lah yang pergi ke stadium2 buat piket... bakar bendera.. bakar gambar pemerintah... kan?? ntahlah...
Mungkin kita tak tau macam mana cara nak memulakannya... Mungkin boleh di mulakan dengan negeri by negeri.. Sebab nak merubah dan memberi kesedaran sivik pada satu negara sebesar Malaysia ni agak sukar tapi tak de yang mustahil kalau kerajaan kita bersikap tegas.
Tapi aku salute gak dgn kerajaan negeri Melaka... Sebab sekarang ni kerajaan start nak menguatkuasakan hal2 kebersihan... Sekarang ni pun kat Melaka dah ada zon dilarang merokok... Kerajaan negeri mulakan dengan kawasan bandar dulu.. Sekarang ni, kita tak boleh sesuka hati buang sampah. kena SAMAN oooo.... Semoga penguatkuasaan ini berterusan.. Insyaallah... Syabas Melaka..

Aku ni bercerita ni macam aku syok sangat nak tinggal kat Singapore ni... hihi... Memang TAK lah jawapan nya... Cost of living diorang memang sangat tinggi.. Sehari aku dok kat sini, dah semput dah dengan undang2 negara ni... Semuanya nak di SAMAN nya... hihi.... Tapi, tak de sebab kita tak boleh nak ikut undang2 yang macam ni kalau benda ni semua untuk kebaikan kita semua rakyat MALAYSIA...

Sebab tu aku sayang negara kebanggaan aku ni.. MALAYSIA....  TANAH TUMPAH DARAHKU
Kerajaan masih ada lagi sifat bertolak ansur dan perikemanusiaan....
hihi.... (mata keatas tangan di bahu)..
Tapi memang betul aku cakap weiii... buktinya,..... lepas je aku keluar dari Imegresen Malaysia.. kat tambak Johor tu je dah rasa betapa leganya berpijak di bumi sendiri.... Memang terasa kebebasan tu...

Mak aiii...... dah merepek dah aku ni weiiii..... Sebenar nya nak cerita pasal kat mana tempat2 kitorang pergi.. Ni dah bercerita pasal SAMAN menyaman ni.....
Kalut... Kalut.......

Ok lah nanti aku sambung ye... Jangan mare....

Assalamualaikum............


BERCUTI KE SINGAPORE (PART 1) - INTRO
BERCUTI KE SINGAPORE (PART 2) - ALL ABOUT S'PORE
BERCUTI KE SINGAPORE (PART 3) - RONDA2 S'PORE









1 comment: