SALAHKAH

Sunday 24 March 2013

Pertandingan mewarna anjuran Global Art

Pada 24.3.2013 (ahad), saya telah membawa anak saya ke pertandingan anjuran Global Art di Spectum Mall, Ampang.

Yuran pendaftaran sebanyak RM15.00.. Masa untuk pendaftaran pada jam 1.30pm.. Dapat lah goodies bag daripada Global Art.. Anak ku, suka lah dia dapat permainan dalam goodies bag tu..

Jam 2 petang, pertandingan dimulakan.. masa diberi lama lah jugak.. sehingga pukul 3.30petang.








Pertandingan ni dalam 3 kategori.
Kategori A : 4-6 tahun
Kategori B : 7-9 tahun
Kategori C : 10-12 tahun.

Ramai juga lah peserta yang ambil bahagian. Anak ku pula dalam kategori A...

Nama pun budak2 kan.. bila tengok yang lain dah siap hantar, dia pun mulalah tak tentu arah nak siapkan cepat2. Padahal, masa banyak lagi ni.. Mula2 je excited nak mewarna. Lama2 tu.. emmmm...

Ni lah dia hasil warnaan nya... Tadaaaaaaa.....







Pada jam 4 petang, keputusan pun diumumkan.. Anak ku cuna dapat hadiah saguhati sahaja.. Dapatlah trophy.. haha...



inilah piala yang dibanggakan tu..


saat menunggu keputusan diumum



bangga la tu...


Punyalah suka hati dia. Balik rumah, sibuk bercerita dengan nenek dan atok dia pasal kemenangan dia tu.. hihi...


oh ye, terlupa pulak nak bagi tau, aku ni sempat gak la bergambar dengan aktor Mustafa Kamal. haha.. Rupa2 nya anak2 dia pun masuk gak pertandingan mewarna ni.