Alhamdulillah..Bertemu lagi kita.
Kali ni saya nak sambung lah pasal percutian keluarga kami untuk hari yang kedua di Cameron. Bangun pagi je kak As dah sediakan sarapan Meehon goreng telur dadar. Memang terbaik kak. Tapi yang kelakar nya, kak As kata tak de kuali besar. Ada kuali kecik je. Haha.. kuali tu untuk goreng telur boleh lah.. Nak masak meehoon memang tak lah.. Kak As kata dia guna periuk... Hahaha.. terbaik kak.. salute kat Kak As kerana sangat kreatif. Sanggup gak masak untuk mengisi tembolok kitorang ni.. Thanks kak As...
Lepas sarapan, saya tolong Kak As masak untuk makan tengah hari kitorang. Tengok tu... Kak As lagi.. KAlau Kak As tak de, alamatnya makan kedai lah kitorang.. Menu untuk hari ni, sambal sardin, Telur Dadar dan Sayur campur. Sayur campur memang terbaik lah, sebab sayur pun masih fresh lagi kan. Kitorang baru beli kat pasar malam Berinchang hari semalam tu.... Lepas tu kami tapaw semua tu. Tujuannya kerana hari ni destinasi untuk makan tengah hari adalah di luar. Kira macam picnic la ni..
Pukul 11pagi, Destinasi kami adalah Taman Pertabalan Tanah Rata.
Lokasinya hanya bersebelahan dengan Stesen Bas Tanah Rata dan ditengah-tengah bandar Tanah Rata berhadapan dengan Balai Polis Tanah Rata ataupun bertentangan dengan Hotel Century Pines
Tempat nilah lokasi kami sekeluarga akan bersantai dan berpicnic. Hihi.. ada banyak permainan seperti jongkang-jongkit, buaian, gelongsor. Juga terdapat kerusi, pondok dan meja rehat di bawah pokok. Manakala kawasan
bersimen di hadapan menara jam ini digunakan untuk bermain skateboard.
Tapi kami akan gunakan tempat ni
untuk untuk acara sukaneka.
Yang best nya kat sini, walaupun dah pukul
11 lebih, cuacanya sungguh sejuk dan nyaman. Nak nampak matahari pun susah..
Kalau kat KL ni, x de can nak berjemur pukul 11 ni.. Matahari dah mencacak atas
kepala.
Kami
mulakan acara untuk orang dewasa. Antara acaranya ialah:
1. SAMBUTLAH SAYANG (BALING BELON AIR)
2. IKATAN KASIH (LARI IKAT KAKI)3. BERPADU RINDU (LARI DALAM KAIN PELEKAT)
4. MERAPAT KASIH SAYANG (LAGA BELON
Selepas itu acara gabungan dewasa dan kanak2. Antara acaranya ialah:
1. LARI KEPIT BELON
2. BAWA BOLA PINGPONG DGN SUDU
3. BOLA KING KONG
4. JUNJUNG BUKU
Memang kelakar giler masa ni. Macam2 ragam dapat dilihat. Memang memenatkan tapi best & enjoy. Semua peserta memberi komitmen yang sangat tinggi... hahahahaha
Lari ikat kaki (ikatan Kasih) |
Berpadu rindu (lari dalam kain pelekat/batik)
emmm.... ambik ko......
Sambutlah sayang (baling belon air)
merapat kasih (laga belon)
I love u...... hihi
acara kepit belon
bawa bola ping pong dengan sudu
amboi... overnya Bamie oi
Bola King kong
hahahaha... kelakar siot
Junjung buku
Lepas tu kitorang pun apalagi... berpicnic la... Perut pun memang dah lapar disebabkan faktor cuaca... Hihi... Kitorang lepak kat sini sampai pukul 2 lebih.. Memang best.
Masa santapan...
Selepas tu, Destinasi kami seterusnya ialah di Tringkap iaitu Cameron Lavender. Memang cantik tempat ni. Banyak sangat bunga2 lavender berbagai jenis dan spesis. Nak masuk tempat ni ada bayaran nya, dewasa RM5 Kanak-kanak RM3.
Destinasi seterusnya, kami singgah di Kea Farm. Tapi sekejap je.. Sebab nak shopping rantai keychain. Sempat lagi tu beli bantal peluk ulat bulu. Murah je RM15. Bantal2 strawberry tu murah2. Harga dari RM8 - RM30. Kami pulak macam biasalah. Bila singgah tu makan ubi keledek rebus lah.. Selain tu kami rasa aiskrim strawberry. Home made. memang terbaik. Harga RM1.20 sebatang.
Suka la tu.. Dapat ulat bulu
Selepas tu, destinasi seterusnya ke Kampung Taman Sedia.
Satu daripada tarikan
di Cameron Highlands ialah kampung
tradisional Taman
Sedia. Kampung ini terletak hanya kira-kira 600
meter dari Pekan Tanah
Rata. Ianya merupakan kampung
penempatan melayu yang
pertama di daerah ini. Menurut dongeng
dahulukala kampung ini
merupakan sebuah taman bunian yang
sangat indah. Oleh
kerana taman ini telah tersedia sejak dahulu lagi, tempat ini terus
dikenali sebagai Kampung Taman Sedia yang
bermaksud taman yang
telah tersedia. Kampung ini sangat bersih,
cantik dan teratur.
Kawasan persekitarannya
dikelilingi oleh ladang-ladang strawberry yang diusahakan oleh
pengusaha melayu, seperti KHM
strawberry, Opah
Strawberry dan YZ Agro Strawberry dimana pengambaran drama "
Vanila Coklat" dijalankan.
Jadi
kami mengambil keputusan untuk ke YZ Agro Farm & Cafe. Terletak di No. 22,
Kampung Taman Sedia, Cameron
Highlands
Ia bukan sahaja sebuah ladang strawberry, kat situ jugak ada cafe menjual minuman panas, sejuk, cake, nasi lemak, meehoon sup, dan berbagai2 lagi. Kawasan sekitarnya memang cantik dan mendamaikan. Saya dan mak memilih untuk makan meehon sup dan milo panas. Harga nya murah dan berpatutan.. Mee hon sup pun baru RM4 air panas RM2 segelas. Kak Eley memilih strwberry cheese kek dan Tea honey. Kak As pulak coklat Brownies dan air milo panas.
Kami lepak di situ agak lama jugak lah sampai lewat petang.
Destinasi seterusnya,,, hihihi..... apalagi.. balik homestay lah kan... Mandi, solat dan baring2 sekejap. Selepas tu upacara penyampaian hadiah untuk acara sukan yang telah kami adakan... Yang paling happy dah tentu budak2 kan.. ye lah dapat hadiah.. Tapi ye ke?? tgk je lah gambar ni.. Bukti siapa yang lebih exited...
Hadiah sumbangan along #lanun Yakuza
Aidil
Fathul
Aina
Yaya
Amir
Kak As & Bamie
Hahaha. siapa la tu
Kak Eley
Macam banyak je....
Malam tu lepas maghrib, kami sekali lagi repeat ke pasar malam berinchang. Tapi kali ni yang dewasa je lah... Budak2 tinggal kat rumah.. Mak yang jaga. Thanks mak... Bila musim cuti sekolah ni, Pasar malam tu setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Saje2 jalan sambil mencuci mata. Tapi ada juga lah beli ole2 untuk dibawa pulang esok.
Alhamdulillah...
18 November 2013
Untuk keesokan harinya, Kami c/out awal dalam pukul 10pagi kerana kami akan sambung jalan2.
Destinasi yang dituju iala KEA FARM.
Memang best pasar ni. Banyak sayur2 ran segar dijual dgn harga yang sangat murah. Naik geram pulak tengok sayur2 yang gebu cantik.. hihi... Sayur pun ada gebu jugak ke,,, Tapi kat sini yang paling banyak beli ialah mak mertua saya lah.. Memang dia niat pun nak bawa ole2 nak bagi kengkawan katanya.... habis lah dalam RM200 beli teh, jem, sayur, jagung, coklat, baju,... haha... tapi memang berbaloi....
Selepas kami puas bershopping, destinasi kami adalah ke Bharat Tea Plantation di Tringkap. Cukup cantik pemandangan di kebun teh ni.. Suasana yang mendamaikan, pemandangan yang cukup menghijau..
Sangat mengasyikkan.
Kami pun apalagi, tidak melepaskan peluang menyusur jalan2 kecil di kebun teh sambil mengambil gambar,, haha
Selepas puas bergambar, kami pun bertolak pulang ke KL. Sebelum tu kami sekali lagi singgah di Avant Choclate MAnufacture. Oleh kerana Kak Eley dan mak belum pergi lagi ke tempat ni, jadi kami pun sekali lagi menyinggah lah ke sana. Untuk melepaskan hajat kak eley yang nak beli coklat.. katanya......
Banyak juga dia borong coklat kat situ... Lebih RM100... Suka katanya coklat2 tu punya kotak.. cantik2.. Nak buat souvenir untuk kawan2..
Selepas puas memborong dan bergambar, kami pun mulakan semula perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum tu kami sempat lah menyinggah di R&R Tapah untuk solat dan makan tengah hari walaupun masa tu dh pukul 2 lebih. Kami sampai di Kuala Lumpur pukul 6.30 petang. Walaupun penat, tapi hati puas kerana dapat bercuti bersama keluarga. Next Trip kami plan ke Pulau Pangkor...
Jumpa lagi insyaallah.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu