SALAHKAH

Wednesday 30 January 2013

KOTA KERIANGAN GENTING HIGHLANDS - RELEASE TENSION

Percutian ke Genting Highland sudah menjadi agenda tetap dalam kalender percutian kami.

Tahun 2013 ni, kami telah pergi ke kota keriangan pada tarikh 27 Januari 2013(ahad). Kami membuat keputusan untuk bermalam disana. Bermakna akan c/out pada hari Isnin. Kebetulan tarikh 27hb tu adalah hari Thaipusam. KL cuti. bermakna cuti akan bersambung pada hari Isnin.. Tak payah lah saya nak ambik extra cuti. hihi....

Kami bertolak tepat jam 7 pagi.. Saya dah sediakan sandwich dan nugget. Dan juga satu termos air milo.. On the way tu kami singgah beli 4 bungkus nasi lemak sambal asing. hihihi... Al maklumlah.. kat genting tu makanan boleh tahan mahalnya... Dalam kereta anak2 sambung balik tidur.. Nasib baik.. Kalau tak, meragam pulak sebab jalan bengkang bengkok.. Takut termuntah.. Alhamdulillah mereka bangun bila kami hampir sampai di atas.

Kami sampai di Genting lebih kurang pukul 8.30 pagi. Husband beratur untuk beli tiket. Tapi kaunter buka pukul 9 pagi.. Kami beli tiket untuk family pakej. 2 dewasa,2 kanak-kanak. Harga RM213.00 untuk 'ALL PARK'


Baru je parking, dah x sabar2


sempat bergambar sebelum tiket kaunter buka



Kami pergi yang outdoor dulu. Layan anak2 main game dulu. Kami ni takde lah nak main roller coaster bagai.. hihi... tak berani. Setakat main gajah, merry go round tu boleh lah...









tak sah kalau tak bergambar kat bas ni...




Anak2 main tak tahu erti penat. Happy sangat la tu.. Kitorang pulak yang penat..
Kitorang ada kat outdoor sampai pukul 2.30 petang.

Sebab kitorang nak c/in pulak. Kami stay dekat First World Hotel. Murah je RM78.00 satu malam. Saya booking melalui internet. Murah sikit. Kalau walk in, harga bilik dah jadi RM200 lebih..  

Sekarang nak c/in kat FWH dah senang. C/in boleh guna Kiosk machine. Senang je. Tak sampai 5 minit dah dapat kad untuk access ke bilik. Tak payah nak menunggu kat Lobby tu lama2. Boleh lah rehat dan tidur kat bilik.. hihi.. Kami dapat bilik kat tingkat 27.. Mak oi.. Tinggi tu..

Lobby FWH

Di hadapan pintu bilik.. hihi... Sempat posing


Pukul 6 petang, kami sambung lagi game.. Kali ni kami pergi yang indoor pulak..Kat Indoor ni, lagi lah anak2 suka.. Banyak game utk budak2 saje.. Kitorang ni.. emmm ikut je lah.. Kitorang ada kat FW indoor tu sampai pukul 12 malam..  haaaaaaaa.... Punya lah sakan.. Main sampai lebam..









nampak tak jam kat belakang tu.. lagi 5 minit pukul 12 malam..


Kami balik bilik pukul 12 malam.. Malam tu kitorang semua tidur dalam keletihan.. Bilik tu punya sejuk, tak boleh cerita. Selimut pun tak lut..

Pagi tu kitorang tak kemana2. Lepak dalam bilik je sementara nak tunggu c/out.

Pukul 11.30 pagi, kami pun c/out. Untuk c/out pun dah senang.. Guna machine c/out je.. haha... Masuk kad, lepas tu.... Thank you.... Mesin tu la tulis...


C/out Machine.

Sebelum balik tu, sempat lagi lah kami bergambar2 dulu...






Begitulah kisah percutian kami kali ni... Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang
Semoga bertemu di lain kali... Insyaallah...


No comments:

Post a Comment