SALAHKAH

Thursday 20 February 2014

BERCUTI KE SINGAPORE (PART 1) INTRO

Alhamdulillah... syukur kehadrat Ilahi kerana diberi lagi kesempatan menulis..

Entry kali ni, aku nak story sikit pengalaman percutian aku  with my lovely husband and 2 kids.
Untuk tahun 2014 ni, destinasi percutian pertama kami adalah ke KOTA SINGA, SINGAPURA.. WOW... kami akan melawat negara orang.. haha.. first time ni nak keluar negara walaupun negara tu hanya diseberang tambak Malaysia...

Aku plan memang dah lama percutian ni... Sebenarnya aku n encik suami menggunakan duit bajet untuk buat birthday anak2 kami.. Hihi...
So, this year NO BIRTHDAY party.... "MAMA AND AYAH akan bawa kamu ke UNIVERSAL STUDIO - SINGAPOREEEEEE" suka tak? suka tak?...
Tu kiranya macam birthday present la tu..... hihi

Ok, Lets start...
Setelah ditimbang baik dan buruk, kami membuat keputusan untuk ke Singapore pada cuti Thaipusam.. Jatuh pada hari Jumaat. So, cuti straight 3 hari.. Jumaat, Sabtu, Ahad.. Senang.. X payah fikir pasal nak ambik cuti lagi.... Tarikh nya adalah pada 17 January 2014 hingga 19 January 2014...

Sebenarnya aku telah menggunakan khidmat travel agent Tareeq Al- Jannah untuk pakej 3h 2m ke Universal Studio.. . Aku pun banyak jugak buat survey dengan MR GOOGLE. Harga dia pun lebih kurang sama je dengan travel agent yang lain.. At the end aku pilih Tareeq Al- Jannah. Aku pun x de sebab yang kukuh kenapa aku pilih travel agent ni. Alhamdulillah memang senang berurusan dengan mereka ni..Sangat membantu dan bersopan santun. chewahhh..... Dalam masa seminggu, semuanya telah confirm. Dari hal penginapan, tiket ke USS dan transport ke USS. Semuanya diuruskan oleh mereka.
Harga pakej bg tahun 2014 ni, untuk dewasa sorang RM373 dan kanak2 RM188. So total untuk kami 2dewasa 2 kanak-kanak ialah RM1122.

Hotel yang kami pilih ialah Grand Sentosa Hotel JB. (Pakej paling murah)

Untuk lain2 pakej dan maklumat lebih lanjut boleh lah melayari laman web mereka tareeqaljannah

Sebelem pergi ke Singapore, aku dah siap2 tukar duit.. Mak aiiiii.. exchange rate dia SGD1 : RM2.59 .... 2 setengah kali ganda..
So, aku tukar RM400.. Cukup la tu.. Sebab kami stay kat JB.. Duit ni untuk makan dan souvenir bila kami ada kat Singapore nanti...
RM400 bersamaan dengan SGD154...

WHATTT!!!!! SGD154 aje...... cukup ke???? adushhhh..... aku pun teragak2 ni.. cukup ke?
ahhh x pe lah.. tukar la ni dulu. Kalau x cukup, kat sana nanti tukar lah lagi...

Tengok tu... betapa keciknya nilai duit kita


17hb January, pukul 5.30 pagi lagi  kami dah bertolak ke Johor dari Kuala Lumpur.. Perjalanan ke JB biasanya akan mengambil masa 31/2 jam.. Tapi bagi kami pula,... ambik masa dalam 4 jam 20 minit perjalanan ke Johor Baru..
hihi.. Maklumlah kami ni singgah sebentar di hentian Pagoh untuk Solat Subuh dan sarapan pagi.
Meneruskan perjalanan dan sampai di Tol Skudai lebih kurang pukul 9.30pagi. Tol nya.. boleh tahan mahal ye... Dari Sungai besi ke Skudai RM41.30. Destinasi yang perlu kami tuju adalah ke GRAND SENTOSA HOTEL JB. Senang je nak cari hotel ni.. Dari tol Skudai tu lebih kurang 10 ke 15 minit dah sampai ke hotel tu.. ikut je papan tanda ke Johor Baru.. Landmark nya adalah PLAZA SENTOSA sebab nya hotel ni dalam mall plaza sentosa jugak. Kalau nak tengok map dia boleh klik SINI ... SINI.... SINI....
Pukul 9.45am, kami pun sampai di hotel. Sampai je kat hotel tu, terus je kami parking di aras 2 plaza sentosa. Yang best nya, untuk guest hotel, mereka ada floor sendiri. Dan paling penting, ianya FREE...
Kami turun ke Lobby, malangnya x boleh nak check in lagi. Receptionist tu kata time check in pukul 2 petang.. Tapi, dia beri kami kebenaran untuk meletakkan beg2 kami di concierge counter hotel sementara menunggu waktu untuk check in..
Tapi kami x lah letak beg2 kami, lagipun beg2 tu masih berada dalam kereta,..

Sebenarnya aku menunggu tour guide EN LUTFI namanya,,,, Dia ni lah akan bawa kami ke Singapura.. Meh sini aku belanja no phone Lutfi ni ye. Mana lah tau kalau korang tercari2 tour guide nanti kan...  no dia 013-7707758.. jangan kata akak x payung plak..

O.K, aku cerita detail ye...

Sebenarnya pakej yang kami ambil ni, jadual untuk ke USS adalah pada hari Sabtu iaitu 18/1/14. Maknanya, hari Jumaat tu adalah free with own leisure... So, aku pun google lah beberapa pakej yang menawarkan half/one day tour singapore. Inilah peluang nak melawat negara orang kan... Banyak pilihan kalau kita tengok kat website.. Macam2 tawaran ada. Dari yang mahal sampailah yang murah.. hihi... maksud aku en Lutfi ni termurah.. Harga yang ditawarkan RM300/kereta untuk 10pagi hingga 6petang..... Tempat yang dia akan bawa kami ialah Mount Faber Park, Merlion Park, Garden By The Bay dan Arab Street.
Bagi aku ia sangat berbaloi.. Disebabkan kami ni pun x tau jalan dan undang2 di Singapore, jadi kami rasa kami perlu melantik seorang Tour Guide untuk memberi petunjuk... hihi Senang citer.....

En Lutfi ni janji puukul 10 pagi depan Lobby... Tapi dia sampai lebih kurang pukul 11pagi... ishhhh... LAMBAT.......
Sementara menunggu dia ni, kami pun berposing bagai lah kat LObby Hotel ni... Boleh tahan lah hotel ni..
3 Bintang Hotel,... paham2 je lah....







Lebih kurang pukul 11pagi EN LUTFI sampai dengan kereta HONDA nya....
jeng jeng jeng jeng .... dup dap dup dap

hihi.....
Aku ingat kan En Lutfi ni dah berumur orangnya, rupa2 nya masih muda belia lagi hokeyyy.... Lahir tahun 90. Berapa umurnya tu.. 24tahun.... Muka dan dressing ala2 K-Pop gituuuuu....

Ok .. stop... berpijak dibumi nyata hokey....
So, setelah berkenalan ala kadar, kami pun naik la keretanya.. Dia pun bagi kami borang putih (IMM 27E). Borang ni nanti pihak Imegresen Singapore akan minta. Ia ibarat macam visa/pass lah untuk masuk Singapore. Borang ni, kita boleh ambik kat hotel. Setiap hotel kat JB ni mesti ada borang putih ni.. Siap isi2.. senang. X de lah kita terkial2 masa kat imegresen nanti..


Jarak dari hotel ke Tambak Johor tak jauh pun.. Lebih kurang 10 minit sampai lah.. Tapi tu baru nak masuk tambak johor.. Belum sampai kaunter imegresen lagi... Kereta bergerak macam kura-kura. merangkak2 perlahannya...Kalau berlumba dengan kura2 aku sure kura2 mesti menang punyalah... Adoiii.... punyalah sabar kitorang dalam kereta ni, tak boleh nak cakap lah.. Anak2 dah mula rasa rimas.. layan kan je lah.. Tak tau la berapa lama masa yg kitorang ambik utk sampai kat kaunter imegresen Malaysia..


Semasa di kaunter Imegresen Malaysia, apa yang kita perlu buat... Buka tingkap kereta, bagi salam, tunjukkan kesemua Passport. Tujuan kita buka semua tingkap adalah untuk menunjukkan muka kita kepada pegawai yang bertugas.. Pegawai tu akan panggil nama kita one by one.. Apa yang perlu kita buat... JAWAB je la "YE SAYA".. Setelah diperiksa, kita teruskan lah perjalanan ke Imegresen Singapore pulak.. Ikut signboard Woodland.. Kereta macam biasalah berderet2.. Bergerak macam kura2..

Sampai kat kauter Imegresen Singapore, kita buat jugak macam kat kaunter sebelum ni tadi. Cuma bezanya bagi yang first time masuk Singapore kena tunjukkan kad pengenalan. Kalau dah pernah pergi x perlu tunjuk IC. Kat kauter ni lah, pegawai tu akan mintak borang putih yang kita dah isi tadi tu.. Kalau kita x isi, kita boleh isi di kaunter tu, Tapi, faham2 je lah,,, bazir masa satu hal, kereta lain yang menunggu kat belakang tu dah berderet2 satu hal lagi... Sia2 je makan sumpahan orang...
Pegawai Imegresen akan cop cop cop cop passport kita tu,,, Lepas semua dah setel, bergerak pulak ke kaunter pemeriksaan kereta. Kat sini, bonet kereta akan diperiksa oleh pegawai Imegresen Singapore.
Lepas dah o.k semuanya baru lah boleh masuk negara diorang tu....

Bila memandu di Singapura, kereta yang di bawa perlu di registerkan untuk mendapatkan AUTOPASS. maknanya satu kereta satu kad autopass.. Kad ni tak boleh dipindah milik. Jangan lah kita nak memandai2 kasi pinjam kat kengkawan lain... Ia umpama permit kereta luar yang masuk Singapore. Sebelum masuk tu tolonglah top up dulu ye.. Fungsinya sama juga macam kad Touch N Go kat malaysia ni. Kata si Lutfi ni, kat Singapore mereka x de tol booth.. Semuanya elektronik.. Bila lalu kawasan2 laluan ERP (Eloetronik Road Pricing) autopass yang kita gunakan akan ditolak secara automatik.. Parking dia pun menggunakan kad Autopass ni la. Semuanya dengan hanya satu kad. Sangat up to date kan... Adalah menjadi satu kesalahan memandu kenderaan asing tanpa kad Autopass. Denda sehingga maksima SGD2,000 boleh dikenakan.. OOOO mak aiiii.... 2 ribu hengget kauuu.... kalau duit Malaysia tu dah berapa dah... lebih kurang 5 ribu lebih... OMG... Buat duit betul Singapore ni... Sebab tu lah kalau Kad Autopass ni hilang, Owner kereta perlu membuat laporan polis. Jika ia hilang di Singapore buat laporan kat balai polis Singapore dan kalau hilang di Malaysia buat laporan di balai polis Malaysia.
Macam ni lah rupanya kad autopass

So, betul tak aku kata, aku telah membuat keputusan yang tepat untuk melantik seorang tour guide untuk jenjalan kat Singapore ni.. Tak perlu lah aku kusutkan fikiran dengan segala peraturan di Singapore ni.

Ok lah nanti aku sambung citer part 2 jln2 ke singapore... Sebabnya bukan apa... Panjang lagi citernya tu.. hihiihi

assalamualikum...

No comments:

Post a Comment