SALAHKAH

Sunday 24 March 2013

Pertandingan mewarna anjuran Global Art

Pada 24.3.2013 (ahad), saya telah membawa anak saya ke pertandingan anjuran Global Art di Spectum Mall, Ampang.

Yuran pendaftaran sebanyak RM15.00.. Masa untuk pendaftaran pada jam 1.30pm.. Dapat lah goodies bag daripada Global Art.. Anak ku, suka lah dia dapat permainan dalam goodies bag tu..

Jam 2 petang, pertandingan dimulakan.. masa diberi lama lah jugak.. sehingga pukul 3.30petang.








Pertandingan ni dalam 3 kategori.
Kategori A : 4-6 tahun
Kategori B : 7-9 tahun
Kategori C : 10-12 tahun.

Ramai juga lah peserta yang ambil bahagian. Anak ku pula dalam kategori A...

Nama pun budak2 kan.. bila tengok yang lain dah siap hantar, dia pun mulalah tak tentu arah nak siapkan cepat2. Padahal, masa banyak lagi ni.. Mula2 je excited nak mewarna. Lama2 tu.. emmmm...

Ni lah dia hasil warnaan nya... Tadaaaaaaa.....







Pada jam 4 petang, keputusan pun diumumkan.. Anak ku cuna dapat hadiah saguhati sahaja.. Dapatlah trophy.. haha...



inilah piala yang dibanggakan tu..


saat menunggu keputusan diumum



bangga la tu...


Punyalah suka hati dia. Balik rumah, sibuk bercerita dengan nenek dan atok dia pasal kemenangan dia tu.. hihi...


oh ye, terlupa pulak nak bagi tau, aku ni sempat gak la bergambar dengan aktor Mustafa Kamal. haha.. Rupa2 nya anak2 dia pun masuk gak pertandingan mewarna ni.








Tuesday 12 February 2013

sambutan anniversary mak & ayah yang ke 35 tahun

Tarikh 10 February adalah tarikh perkahwinan mak dan ayah ku... Tahun 2013 adalah tahun yang ke 35 mereka sebagai suami isteri.. Alhamdulillah.

Tahun ni, tarikh 10 February jatuh pada Tahun baru Cina, Kami sekeluarga telah menyambut hari gembira ni di MIRA SATE CELUP, Batu Berendam MELAKA..

Murah je, RM12.90 untuk dewasa, dan RM7.90 untuk kanak2 ..  Makan sampai lebam.. hihi....

Makanan dia boleh tahan lah sedapnya.. Fishball2 bentuk kartun menarik kanak2 utk makan.. Anak aku pun suka. Ada 2 jenis sos, Kuah kacang dan kuah hitam(Yong Tau Fu). Sebelum tu sate2 tu di celupkan dalam kuah panas.. Ada 2 perasa.. boleh pilihlah samada nak perasa tomyam atau ayam...

Pendek kata, sambutan tu meriah lah jugak.. Yang kelakar tu, mak pulak yang belanja kitorang... hihi... Terima Kasih mak... Sayang MAk


Nampak x ada lubang kat tengah2 tu,... Tulah tempat kuah tomyam diletakkan utk kita celup sate2 tu...

Air pun free....


Pelbagai jenis mee dan sayuran

Deretan sate ball....



hihi... comel kan?


mak & ayah .. Happy Anniversary


Romantik la konon tu....

Cute x?






Wednesday 30 January 2013

KOTA KERIANGAN GENTING HIGHLANDS - RELEASE TENSION

Percutian ke Genting Highland sudah menjadi agenda tetap dalam kalender percutian kami.

Tahun 2013 ni, kami telah pergi ke kota keriangan pada tarikh 27 Januari 2013(ahad). Kami membuat keputusan untuk bermalam disana. Bermakna akan c/out pada hari Isnin. Kebetulan tarikh 27hb tu adalah hari Thaipusam. KL cuti. bermakna cuti akan bersambung pada hari Isnin.. Tak payah lah saya nak ambik extra cuti. hihi....

Kami bertolak tepat jam 7 pagi.. Saya dah sediakan sandwich dan nugget. Dan juga satu termos air milo.. On the way tu kami singgah beli 4 bungkus nasi lemak sambal asing. hihihi... Al maklumlah.. kat genting tu makanan boleh tahan mahalnya... Dalam kereta anak2 sambung balik tidur.. Nasib baik.. Kalau tak, meragam pulak sebab jalan bengkang bengkok.. Takut termuntah.. Alhamdulillah mereka bangun bila kami hampir sampai di atas.

Kami sampai di Genting lebih kurang pukul 8.30 pagi. Husband beratur untuk beli tiket. Tapi kaunter buka pukul 9 pagi.. Kami beli tiket untuk family pakej. 2 dewasa,2 kanak-kanak. Harga RM213.00 untuk 'ALL PARK'


Baru je parking, dah x sabar2


sempat bergambar sebelum tiket kaunter buka



Kami pergi yang outdoor dulu. Layan anak2 main game dulu. Kami ni takde lah nak main roller coaster bagai.. hihi... tak berani. Setakat main gajah, merry go round tu boleh lah...









tak sah kalau tak bergambar kat bas ni...




Anak2 main tak tahu erti penat. Happy sangat la tu.. Kitorang pulak yang penat..
Kitorang ada kat outdoor sampai pukul 2.30 petang.

Sebab kitorang nak c/in pulak. Kami stay dekat First World Hotel. Murah je RM78.00 satu malam. Saya booking melalui internet. Murah sikit. Kalau walk in, harga bilik dah jadi RM200 lebih..  

Sekarang nak c/in kat FWH dah senang. C/in boleh guna Kiosk machine. Senang je. Tak sampai 5 minit dah dapat kad untuk access ke bilik. Tak payah nak menunggu kat Lobby tu lama2. Boleh lah rehat dan tidur kat bilik.. hihi.. Kami dapat bilik kat tingkat 27.. Mak oi.. Tinggi tu..

Lobby FWH

Di hadapan pintu bilik.. hihi... Sempat posing


Pukul 6 petang, kami sambung lagi game.. Kali ni kami pergi yang indoor pulak..Kat Indoor ni, lagi lah anak2 suka.. Banyak game utk budak2 saje.. Kitorang ni.. emmm ikut je lah.. Kitorang ada kat FW indoor tu sampai pukul 12 malam..  haaaaaaaa.... Punya lah sakan.. Main sampai lebam..









nampak tak jam kat belakang tu.. lagi 5 minit pukul 12 malam..


Kami balik bilik pukul 12 malam.. Malam tu kitorang semua tidur dalam keletihan.. Bilik tu punya sejuk, tak boleh cerita. Selimut pun tak lut..

Pagi tu kitorang tak kemana2. Lepak dalam bilik je sementara nak tunggu c/out.

Pukul 11.30 pagi, kami pun c/out. Untuk c/out pun dah senang.. Guna machine c/out je.. haha... Masuk kad, lepas tu.... Thank you.... Mesin tu la tulis...


C/out Machine.

Sebelum balik tu, sempat lagi lah kami bergambar2 dulu...






Begitulah kisah percutian kami kali ni... Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang
Semoga bertemu di lain kali... Insyaallah...