SALAHKAH

Thursday 3 January 2013

Percutian ke Kuantan, Pahang - Tempat menarik di Kuantan


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Alhamdulillah, barulah ada kesempatan untuk menulis semula di blog ni..

Pada tanggal 15/12/2012 (Sabtu) kami 4 beranak bertolak ke Kuantan untuk percutian hujung tahun. Bertolak dari K.L pada jam 9.30am. Kami ikut highway Karak - Lebuhraya Pantai Timur. Kami masuk simpang Gambang utk ke Kuantan.

Alhamdulillah sampai ke Kuantan lebih kurang pukul 12.30pm. Kami terus ke Hotel Kosma, tempat penginapan kami di Kuantan ni.  Niat hati dapatlah c/in awal. Tapi tak boleh c/in lagi. Front office tu kata bilik tak siap lagi. Dia suruh lah kitorang pergi makan tengah hari dulu. Jalan Kuantan tak familiar lagi, jadi kitorang ambik keputusan makan kat kedai bersebelahan dengan hotel. Kedai "Pakar Nasi Kukus". Nasi kukus dia memang sedap. Dan untuk air, kami pilih "3 Layer Tea". Memang sedap. Tak berapa manis sangat.



                    
 
 
 

Lebih kurang pukul 1.30pm pihak hotel telefon kami, inform bilik dah siap. Dah boleh lah c/in.. Kami dapat bilik no 302. Tingkat 3. Kena naik tangga sampai tingkat 3. Mak oi yai.... Penat gila.. Nak tercabut kaki sebab bawa barang banyak. Bilik dia memang besar. Ada 2 Queen bed. Selesa sikit lah anak2 nak tidur.

Ruang Lobby


Bilik 302


Orchid Room.

Harga untuk 2 malam RM190.00


Hotel Kosma ni adalah bajet hotel. Murah je. Satu malam untuk bilik paling besar pun baru RM95.00. Bilik pun bersih dan selesa sebab ada aircond, haha. Hotel betul2 terletak di tengah2 Bandar Kuantan. Behadapan dengan Suraya Hotel, IPK Kuantan, Pejabat Pos. Pendek kata, Starategik la tempat dia ni.Nak cari makan pun senang. Tapi kalau parking kereta, mereka gunakan sistem kupon. Maksudnya parking tu kena bayar lah. Kalau tak nanti kena saman dengan Majlis Perbandaran Kuantan. Hari sabtu sampai pukul 5petang sahaja. Hari Ahad parking free. Tapi kupon dia pun bukan nya mahal pun, satu jam pun baru 45 sen. Satu hari RM3.50. Kalau kita dah ada kupon tu, kita boleh parking mana2 pun kat kawasan bandar tu.. Guna untuk satu hari. 
Pemandangan dari Hotel Kosma


Kami rehat dulu lepaskan penat, Sembahyang Zohor dan mandi kan anak2 sebelum keluar jalan2.

Lebih kurang pukul 4 petang, kami keluar jalan ke Telok Cempedak. Lebih kurang 6 ke 7 minit dari hotel Kosma. hihi.... Dekat kan??? Memang dekat. Strategik tak??

Niat hati nak jalan2 je, ambik gambar sambil menghirup udara pantai.. Emmm anak2 ni, kalau dah tengok air, memang merengek lah, nak mandi..











sempat lagi nak makan ice cream mcd.

Lepas pergi ke Telok Cempedak, On the way nak balik ke Hotel, Kitorang singgah lah ke Taman Teruntum. Kat sini ada taman permainan kanak2, ada mini zoo, free je.. ada juga kuda, kanak2 boleh lah naik, tapi hari tu tak ada lah pulak kuda ni.. Kuda m.c kot.. hahaha...













tu yang dia suka. Main panjat2

Lepas tu kitorang singgah lah Taman Gelora, bersebelahan dengan Taman Teruntum. Konsep dia sama je, ada taman kanak2, ada kedai2 makan, ada trek tempat orang jogging.





Hari pun dah nak senja, so, kitorang pun gerak lah balik ke hotel. Malam tu kitorang makan satay "Zul". Memang sedap, dagingnya lembut, kuah kacang dia memang marvelous, Kalau kat kl kita ada Satay Samuri, Kajang, Kat sini terkenal dengan SATAY ZUL, KUANTAN.. Memang terbaik.. x rugi rasa.. Murah juga harganya, 70 sen secucuk untuk daging ayam. Daging lembu 60sen secucuk.


Keesokan harinya, tanggal 16/12/12 - AHAD - kami sekeluarga pergi ke Bukit Gambang Water Park, Kami sampai awal, lebih kurang pukul 10pagi. Orang dah mula ramai, Bayarannya boleh tahanlah. Tak mahal, tak murah.. Affordable. Kami ambil pakej family RM73.00 - 2 dewasa 2 kanak-kanak. Untuk tambahan kami tambah 
e-cash RM50.00 untuk beli makanan. Kat dalam tu tak pakai cash. Kat gelang tangan tu dah ada duit. Kalau nak beli makanan mereka akan scan dari gelang tangan tu. Harga makanan dalam tu tak lah mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan Sunway Lagoon. Macam burger ke, Burge sausage Jumbo pun lebih kurang RM5.00. Budak2 ni kalau dah mandi mana ingat nak makan. Taman tema ni sesuai untuk budak2 lah. Ada banyak slide untuk kanak2. Untuk Dewasa pulak limited. Tapi o.k lah. Aku pun enjoy masa mandi kat kolam pantai dia. Ombak dia memang terbaik lah... Kitorang kat dalam tu sampai pukul 2 petang je. Sebab orang dah mula ramai. Dalam kolam dah padat dengan orang ramai. Anak aku pun macam dah tak selesa je. Apalagi, aku pun ajak diorang balik..




















.
Balik je dari Bukit Gambang, Kitorang pergi naik bot, Kuantan River Cruise kat Jeti Shahbandar. Harganya RM18 untuk Dewasa, RM15 kanak-kanak 4 tahun keatas. Menyusuri Sungai Kuantan sehingga ke sempadan Laut China Selatan. Adalah lebih kurang 45 minit. Kita akan dengar tour guide tu beritahu mengenai kawasan pokok bakau, kawasan perkampungan nelayan. Serba sedikit informasi mengenai nelayan2 dan Bot2 nelayan. Aku tanya jugak kat budak tu kenapa harga naik bot ni mahal. Tak macam kat Melaka River Cruise, baru RM10 je. Kanak2 pun baru RM5.. Budak tu bagi tau lah sebab2nya: Sungai kat Melaka tu kecik je. Kat Kuantan ni lebar dan besar. Kat melaka tu botnya tak de selisih dengan bot2 nelayan. Kat Kuantan ni, mereka akan berselisih dengan bot2 besar nelayan, Jadi mereka akan tekan pedal minyak untuk kontrol bot. Jadi mereka akan gunakan minyak 2 kali ganda dari bot2 kat melaka. Emmm Mungkin jugak lah kan.. Betul ke tidak tu... tak tau la pulak aku..
Walau apa pun memang seronok jugak lah..

















Penanda kapal .- Laut China Selatan


Pukat tunda


Tiram..




Untuk malam tu, kami pergi makan ikan bakar kat Tanjung Lumpur. Tak sah rasanya kalau ke Kuantan ni, kita tak pergi Tanjung Lumpur. Lokasi pilihan kami, Ana Ikan Bakar Petai. Memang Sedap ikan bakar sambal petai dia. Nama nya je petai, tapi tak de lah rasa sangat petai tu. Sebab kami sebenarnya pun tak makan petai. hihi.. Tapi memang sedap. Ikan dia fresh, manis rasanya. Tapi masalahnya ikan dia tak de yang kecik2. Semua besar2. Makan untuk 4 orang sebenarnya. kami ambik Ikan siakap Bakar, Lala sambal, Sotong goreng tepung, Sup ayam, Nasi goreng cina, Semuanya RM70 lebih.. Hidangan memang banyak. Maklumlah makan 2 orang je.. Tapi kami ratah je la lauk tu.. Ye lah, siapa lagi nak makan. Kan?











Keesokannya, 17/12/12 Isnin, kami pun c/out dari Hotel Kosma. Lebih kurang pukul 11.30 pagi untik berangkat pulang ke K.L.
Perasaanya - Kami sangat happy bercuti di Kuantan ni.. Cuma planning nak pergi Cherating, tak dapat pergi kerana faktor masa dan cuaca.










Bye bye Kuantan, Jumpa Lagi.........Assalamualaikum

  






10 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  2. tq2 for info esok baru plan nak g... ridesantai.blogspot

    ReplyDelete
  3. selamat datang ke kuantan...muga jumapa lagi..insyaAllah...

    ReplyDelete
  4. Woo! Best jg g kuantan ni ya. Terima kasih atas info yg menarik dan berguna. Insha Allah akn ke kuantan Khamis ni.

    ReplyDelete
  5. akak,kami sekelas nk buat trip lawatan ke kuantan..nk tanye..kosma hotel dkt tak dgn gambang water park?

    ReplyDelete
  6. hai..blogwalking here....please singgah sini k..tq...
    www.mylacomeii.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. happy family :) btw info yang akk bg mmbantu sy dlm kerja assingmnt sy ... tmpang gembira tgk fmly akk.

    ReplyDelete
  8. Ustaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 )... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 saja....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.

    ReplyDelete