SALAHKAH

Wednesday 26 February 2014

BERCUTI KE SINGAPORE (PART 3) - RONDA2 SINGAPORE

Assalamualaikum.....
Salam 1 Malaysia...

Ok....... kali ni aku serius nak cerita saat2 kegembiraan aku jenjalan kat Singapore ni.. Aku kena straight to the point... Kang tak pasal2 melalut lagi... Ni pun dah Part 3.. Moment2 keterujaan tu sikit pun x cerita lagi..

Tempat pertama kami tuju ialah di Mount Faber Park.
Bukit ni salah satu daya tarikan kat Singapore ni. Kat sini kita boleh tengok pemandangan Kota Singa. Tapi bukan semua lah.. Kita boleh nampak panorama bangunan2 yg tinggi2. Nampak padat sangat tapi pembangunan yang terancang.
Kebanyakan penduduk tempatan menjadikan tempat ni kawasan berjogging, disebabkan ada laluan trek utk joging.. Nyaman je kawasan ni. Tak lah sejuk, tapi berangin je.... Memang mendamaikan...
Waktu turun dari cerun bukit ni, akan ternampak kawasan kereta kabel yang menghubung kan Bukit Faber ke Pulau Sentosa.
















Tempat ke dua kami dibawa ke RESORT WOLD SENTOSA


Sebenarnya si Tour Guide kami tak merancang nak bawa kami kat sini. Oleh sebab hari tu hari Jumaat, masa pun dah nak dekat solat Jumaat,, So, dia pun mencadangkan supaya aku dan anak2 jalan2 dulu kat RWS ni sementara dia dan suamiku pergi solat Jumaat. Dia cakap tempat ni cantik. Banyak tempat2 cantik kita boleh ambik gambar. Jadi tak lah aku bosan menunggu diorang nanti. Dia kata kat situ jugak lah pintu masuk ke Universal Studio. Dia juga tau yang kitorang ni akan ke USS keesokan harinya tu. Tapi dia cakap elok kalau aku gi jenjalan kat situ dulu.. Sebabnya, esok kalau kitorang dah masuk USS ni, memang tak sempat lah nak melawat2 sekitar RWS ni.. Tempat dia besar.. So, sebab tu dia plan macam tu... Dia turunkan aku dan anak2 kat Lobby RWS ni. Dia pesan supaya kami tunggu dia kat situ jugak pukul 2.15 petang. Sebab dia tak boleh parking kereta kat Lobby tu. Turun atau ambil penumpang tak pe. Nak menunggu memang tak boleh.. Alamatnya kena SAMAN la... 
Berposing di Lobby RWS
LG Floor

So, aku dan anak2 pun masuk lah ke dalam RWS tu.. Kitorang jalan bahagian bawah dulu. Dia ada 2 tingkat rupanya.. Kat bawah Lobby ni rupanya Lower Ground Floor.. Kat sinilah Casino terletak. Boleh tahan besar kasino ni..Hihi,,  Dia attached sekali dengan shopping complex, ada find dining restaurant, casual dining dan hotel juga tuuu,, Kitorang jenjalan je sambil berposing. hihi




 Kat situ mereka sediakan tempat duduk.. Memang cantik.. Perkara pertama yang kami buat ialah makan tengah hari... Sebenarnya aku dah siap2 tapaw nasi lemak dari awal2 lagi.. Maklumlah kat sini makanan nya mahal.. hihi... Bajet la katakan... Janji kenyang.. Kalau jalan2 tu biasanya memang aku akan bawa bekal roti, biskut dan air.. Maklumlah ada anak kecil ni, leceh sikit. Tak boleh nak jangka waktu kelaparan diorang ni...


Nak terjun la tu....
Sempat posing tu.. Masa ni dah kenyang... hahaha
Lepas dah kenyang... kitorang gi toilet dia pulak.. hihi... buang lah apa yang patut.. kan.. Toilet dia punya la bersih.. Nak ambik tisu guna sensor u ollss.. Letak je tangan keluar lah tisu tu... Siap boleh bergambar lagi kat dalam toilet tu.. Tapi satu masalah kat sini, tak de paip.. Adoiii... Nasib baik lah dalam beg ada botol mineral dan tisu basah.. Kalau tak.. haru...... Sungguhpun macam tu, toilet diorang ni tak la bau hancing. ngeee hihi


Tengok toilet dia, siap ada bunga2 lagi kat dinding...

 Lepas tu kitorang naik ke tingkat atas.. Atas tu Ground floor la.. Bila kat atas ni lah aku baru tau RWS ni terbahagi kepada 3 Zon.. Central Zone, West Zone dan East Zone.
Haaa....... Besar kan... Kalau nak tau USS terletak kat East Zone.. Satu kawasan tu dia punya... Kat West Zone pulak ada Marine Life Park ( S.E.A Aquarium) , Maritime Experiential Musuem, Adventure Cove Water park..
Nak naik ke Ground Floor

Tempat orang baling duit syiling.. Konon nya supaya segala hajat tercapai.. Konon lah...

S.E.A Aquarium

Historic Ship Harbour

Berposing je....


 Kat Central Zon ni, pulak kedai2 shopping... Deretan kedai2 diorang ni memang cantik2 belaka,... Ada satu kedai ni.. Coklat sesaje... Anak2 aku putih2 melati mata tu... Terjojol2 tgk coklat2 yang cantik2.. yang sedap2.. Jangan kata budak2.. Mak budak pun terjojol bijik mata... hihi


 

 


 

 





Giler cantik tempat tu... Sebelum anak2 aku mintak bukan2 aku ajak diorang jalan2 tempat lain pulak.. Tengah dok berjalan2 tu nampak pulak air pancut... Adoiii nak mandi.. katanya... Aku cakap x boleh mandi.. Mula2 tu diorang ok la lagi.. Faham agaknya.. Bila pegi sudut lain pun ada jugak lagi air pancut ni.. Ada pulak budak2 dok mandi kat situ.. Pergghhhhh... Diorang dah start merengek nak mandi... Aku pun bagi je lah.. Aku cakap tak boleh lama.. Sebab nanti orang dah tunggu kita.. Diorang pun setuju je lah.. Sanggup berjanji tuuuu... Nasib baik lah aku memang ada bawak extra baju diorang ni....






Muka bengang bila ajak balik.. huhu

Aku tengok masa tu dah pukul 2.05 minit dah ni.. Janji dengan si Lutfi pukul 2.15 ada kat lobby.. Lepas mandi tu. kitorang pun turun lah balik ke Lower Ground dimana terletak nya Lobby.. Sebelum keluar tu sempat gak la kitorang ni berposing2 dulu... hihi.....

on the way nak turun


Apa yang nak tengok lagi tu dik.....

aaaa... ni dah nak keluar

Bila kitorang sampai bawah.. diorang belum ada lagi... Nasib baik u olllsss.. Kalau x.. mesti hanginnn je tour guide tu.. Tak lama kitorang tunggu, diorang pun sampai... Lega rasanya....




Tempat ke tiga kami dibawa ke Merlion Park
Merlion Park yang terletak di One Fullerton ini, terdapat patung kepala Singa yang menjadi maskot dan lambang negara Singapore. Orang kata kalau ke Singapore ni, tak lengkap percutian tu kalau tak pergi tempat ni. Macam buktilah yang kita ni dah pernah sampai Singapore... Sebab tu, bila sampai je kat sini, aku tengok ramai betul orang yang sedang berposing kat patung Singa yang keluar air ni.. Termasuklah kitorang.. hihihi... Macam2 gaya kitorang posing.. Aku ingat patung ni tinggi lah.. Tak lah tinggi sangat. Dalam 7 ke 8 meter kot.. Tapi serius cantik tempat ni beb... Bersih dan mendamaikan kawasan ni. Kat sini juga lah tempat nak naik bot.. Mereka panggil Singapore River Cruise..
yihaaaaa... kami dah sampai sini....




hihi.. macam poyo jerkkk
Berhadapan dengan Maerlion Park ni kita boleh lihat MARINA BAY SAND, dimana terletaknya satu bangunan yang cukup unik rekabentuknya dimana kapal yang ada diatas bangunan.. Mak aiii... Serius cantik weiii.... Kagum sekejap aku menengoknya... hihi... Hotel, Shopping Complex, Kasino, Spa, Artscience Museum, meeting room.. Semuanya ada dalam bangunan ni.. Kat tingkat paling atas sekali ada kolam renang yang besar gilezzz..... Emm,.... Kitorang boleh ambik gambar dari jauh je lah... hihi

Thank you to Taiwan Tourist yang sudi tolong ambik kan gambar kitorang ni.. 

poyo je lah ,,,, hihi

Nampak x bot tu... hihi.. kecik sangat


Di sekeliling Merlion Park ni, kita boleh lihat lagi bangunan yang cantik dan bersih kat Singapore ni.. Kita jugak boleh nampak Esplanade Singapore.. Orang cakap tempat ni macam Istana Budaya kat KL la..


Kat belakang tu lah Esplanade.. Nampak x? hihi

Masa OTW balik tu sampat snap Esplanade dari jarak dekat

Rekabentuk dia macam durian.. hihi.. berduri-duri
Lepas tu kami dah bergerak ke destinasi seterusnya... Sebelum naik kereta tu sempat gak lah kitorang berposing dulu sekitar kawasan Merlion Park ni..

Bangunan mereka ni kalau x tinggi x sah

Mini Merlion


Peace yo

Singapore River Cruise




macam stesen keretapi... rupanya hotel... hihi....

apa yang pening sangat tu yang oi...

Seterusnya Destinasi ke 4, kami ke GARDEN BY THE BAY 
Tempat ni tak lah jauh dari Merlion Park tu.. Lebih kurang 5 minit naik kereta lah .... dah sampai kat taman tu.. Orang panggil taman ni, Taman Raksaksa... Besar dia sekitar 101 hektar.. ambik ko.... besar x besar lah... siap terbahagi kepada beberapa bahagian taman ni.. Larat dengan tak je kalau nak pergi sini.. Macam kitorang ni.. hahaha.... Sekadar ambik gambar sekitar taman ni je lah.. Faktor masa tu satu hal... Faktor kepenatan tu punca utama nya.... haha... alasan la tuuu.... Lagi satu kat sini ada kawasan yang dinamakan FLOWER DOME Cantik tempat ni. Rekabentuk bangunan ni sangat cantik. dinding2 dia semuanya cermin.. Nak masuk sini kena bayar.. Mengikut informasi Tour Guide kami, tempat ni merupakan rumah bunga.. Berbagai2 spesis bunga ada dalam rumah DOME ni..


ni belum masuk lagi tau,,,, tengok betapa jauh pintu utama dia



anak tolong ambikkan gambar.. mama n ayah dia nak bercinta jap

cantik.. terpegun jap...

kan dah cakap... kepenatan.... besar sangat tempat ni
Jalan dalam 100 meter baru sampai ke pintu masuk utama.. Nak masuk dalam taman ni kena bayar la... Kitorang cuma ambik gambar sekitar ni je.. Tu pun banyak jugak tempat2 yang cantik utk berposing..

Tiket kaunter

pintu masuk Flower Dome

Bergambar je lah kat depan ni .. hihi ...
Semut Giant. Replika je...

Nak ke mana tu?

Ni lah gambar bangunan Flower Dome a.k.a rumah kaca...

Tempat rehat dia pun cantik... bangku buaya






Yang ni taman kat luar...



Kalau penat kita boleh naik kereta ni.. SGD3 agaknya



OTW nak balik.. Penat dah anak aku ni...

Risau la tu nak melintas... lampu merah  lagi,.... hihi


apasal tu yang... penat la tu,,,,

Last destination kitorang pergi ARAB STREET
Disebabkan masa yang amat mencemburui kami, hahaha.... Lutfi cakap nak bawa kami ke Arab Street. Kat sini banyak kedai makanan halal. Kami boleh makan la kat sana dan boleh solat Asar kat Masjid Sultan.. Masjid Sultan terletak di Muscat Street.

Sampai je kat Masjid ni, aku terpegun sekejap.. Kenapa aku terpegun?? Sebab kubah masjid ni diperbuat daripada emas. Serius wei.... Merupakan sebuah masjid yang ke dua tertua dan ia juga merupakan satu2 nya masjid yang boleh kedengaran laungan azan di Singapura.

cantik...

Kubah yang diperbuat daripada emas
Kitorang pun masuk lah untuk solat asar. Tempat wuduk pun sangat cantik. Ia sekali dengan toilet. Tapi bersih dan wangi je tempat dia. Sebelum masuk tu, kita kena tanggal kan kasut kita dan kena pakai selipar yang telah disediakan.
tempat wuduk
Lepas tu, kitorang terus ke ruangan wanita. Sebelum masuk tu... hihi snap la picture dulu kat tangga masjid.
Sempat tu.... hihihi


Masuk je dalam masjid, terpegun aku tengok susana nya yang tenang dan dekorasi yang unik dan cantik.
Untuk jemaah lelaki di tingkat bawah, manakala jemaah perempuan di tingkat satu.
Cantik dan mendamaikan

tingkat 1
Suasana di tingkat 1




Lepas solat aku pergi belakang masjid ni.. Ada kedai2 souvenir. Kat sini barang2 souvenir dia murah2 hokeyyyy... Tour Guide kitorang pun cakap kat Arab Street ni harga dia jauh lebih murah berbanding kat Bugis Street. Husband aku x nak ikut, dia nak pegi makan dengan si Lutfi kat kedai berhadapan dengan masjid ni..   Aku pun apa lagi, pergi dengan anak2 je lah.. aku capai la keychain2 yang murah2 tu.. Anak aku pulak nak jugak keychain.. Nak bagi cikgu... Katanyaaa...... O.k lah nak.. ambik lah.... emmmmm..








Lepas dah beli barang souvenir, kami pun.... apalagi .... nak balik la...... uwaaaaa... macam sekejap je... Tengok jam dah nak dekat pukul 6. Lutfi cakap kalau lambat, jalan akan sesak. So, kitorang pun setuju je lah. Dia parking kereta kat belakang masjid.
So, on the way nak ke kereta tu sempat lah kitorang snap gambar. Kat belakang Masjid Sultan ni rupanya terletak Malay Heritage Centre.. Huhu,,.. kalau aku tau awal2 lagi aku gi sini..



Pemandangan area belakang Masjid Sultan 
Malay Heritage Centre

Malay Heritage Centre



Betul kata si Lutfi ni... Jalan nak balik ke Imegresen Singapore... Punyalah jem... adushhhh... nak buat mcamana kan.. redah je lah...

Nak dekat 1 jam kitorang baru sampai kat Imegresen Singapore.. Tapi proses dia cepat je.. Janji kat Autopass cukup balance.. Lepas tu terus ke Imegresen Malaysia.. Lagi cepat proses nya... hihihi....
Lepas je dari Imegresen Malaysia, maknanya dah masuk dalam kawasan Malaysia la kan.. macam biasalah..bawak kereta dah tak ikut meter dah... hihi.... Tapi x pe lah.,. kitorang pun nak cepat sampai kat hotel kan.. sebab kitorang belum check in lagi.... Kesian jugak kat dia seharian bawak kereta. Sampai kat Hotel Grand Sentosa JB pukul 7.30malam.. Penatnyaaa.......
Sebelum check in, kitorang pergi makan dulu dekat deretan gerai2 berdekatan dengan hotel tu... Banyak jugak gerai2 kat situ.. Tapi gerai2 ni beroperasi waktu malam sahaja.. Waktu siang x de  ye.....
Harap maklum....

Macam dah banyak sangat menulis rasanya.....Tapi ada lagi nak aku kongsikan. Iaitu keterujaan aku ke USS..  Tapi nanti aku sambung ye...

Meh sini aku belanja no phone Lutfi ni ye. Mana lah tau kalau korang tercari2 tour guide nanti kan...  no dia 013-7707758.. jangan kata akak x payung plak..

Assalamualaikum....
Jangan mare........
Jumpa lagi........




BERCUTI KE SINGAPORE (PART 1) - INTRO
BERCUTI KE SINGAPORE (PART 2) - ALL ABOUT S'PORE
BERCUTI KE SINGAPORE (PART 3) - RONDA2 S'PORE


7 comments:

  1. Salam,
    Nak tanya sikit, kalau kita pergi naik kereta sendiri dari Malaysia..dekat tempat2 menarik spt merlion park tu, garden by the bay tu semua, ada tempat parking kereta tak? parking kena bayar tak?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Overall u spent berapa per person

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah coretan awak ni...tahniah.

    ReplyDelete
  4. Boleh beri contact number en lutfi tak

    ReplyDelete
  5. Salam puan,

    Boleh sy dptkan contact no Lutfi tak?

    ReplyDelete
  6. ade no contact en lutfi tu x?

    ReplyDelete